Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ........ ~al-qhazali~

Friday, September 20, 2024

Majlis Tilawah,Hafazan alquran dan azan

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

PASIR PUTEH [19/9/24]: Bahagian Dakwah Halaqat Kawasan Pasir Puteh telah berjaya menganjurkan Majlis Tilawah, Hafazan dan Azan (THA) Peringkat Pasir Puteh bertemakan "Budaya Komuniti Rabbani (K-Rabb)". Majlis ini diadakan di Dewan Utama, Pejabat Agama Jajahan Pasir Puteh pada jam 8.30pagi hingga 12.00 tengah hari. Peserta majlis ini adalah Johan daripada Majlis THA peringkat DUN Selising, DUN Limbongan, DUN Semerak dan DUN Gaal. Pada majlis penutup, ucapan aluan disampaikan oleh Ustaz Wan Abdul Rahman Bin Wan Hamat, Pengelola Bahagian Dakwah Halaqat Kawasan Pasir Puteh dan dirasmikan oleh YBhg Ustaz Mohd Faizol Bin Zainuddin, Timbalan Pegawai Agama Jajahan Pasir Puteh. Dalam ucapan perasmian, Ustaz Faizol mengigatkan kepada hadiri mereka yang bersama Al-Quran akan dimuliakan oleh Allah. Beliau membaca hadis daripada Saidina Uthman Bin Affan RA, 
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya". (Riwayat al-Bukhari: 5027)
Masjid diserikan lagi oleh kumpulan nasyid dari Masjid Balaghul Mubin.
Majlis ini turut dihadiri lebih 80 orang terdiri daripada pegawai halaqat pasir puteh, pembantu pegawai halaqat pasir puteh, ibu bapa serta guru al-Quran.
_____________________
Berikut adalah pemenang pada majlis ini:
Azan
Mohd Iqbal Bin Ahmad Rostam (Gaal)
Tilawah (L)
Najman Bin Anira (Semerak)
Tilawah (P)
Khaulah Binti Mohd Sabri (Limbongan)
Hafazan (L)
Wan Muhammad Aqil Bin Wan Muhammad Din (Selising)
Hafazan (P)
Siti Nur Ain Binti Johar (Gaal)
Share:

Saturday, July 20, 2024

Pengalaman menaiki tran KTM ke Dabung

KRT Kg berangan sekali lagi membawa anak beranak ke Dabung setelah akhir tahun lepas telah mengadakan rombongan ke selatan thai. pada 20 7.2024 ,awal pagi lagi kami merancang turun awal untuk menaiki bas.  di perkarangan sekolah kebangsaan kg berangan tempat menjadi station awal kami menaiki bas.
       Ketua rombongan kami, cikgu sham  bersama dengan pasangannya cikgu ni. sungguh mengkakumkan pasukan kami kerena dalam sebuah bas peserta dikalangan kanak kanak, remaja, dewasa dan makcik yang bertungkat pun turut serta.
       station KTM tanah merah telah dibuka untuk penumpang ke destinasi ke gua musang. kami sampai disitu hampir jam 8:00 pagi.ketibaan keretapi tepat sebagaimana dijadualkan. para pesert jaulah semuanya menyatakan  keseronokan menaiki kereta kereta inilah pengalaman baru.
bila sampai di Dabung, destinasi kami iailah di gunung stong dan kedua di pondok tarbiah aulad di kenerong dabung. kami datang bukan nak melawat sistem penganian pondok tetapi ingin melihat suasana air bukit dan mandi manda. ramai dikalangan pengunjung meletekkan kereta mereka di tepi sungai untuk menikmati makanan yang disediakan atau mandi kerana airnya sangat sejuk.
seterusnya kami berangkat jam 3 petang ingin pulang sebelum pulang kami sempat singgah di gua ikan. disini kami dikenakan bayaran sebanyak rm50 untuk sebuah bas..apa yang ada disini ialah suasana dala  gua yang sejuj dan yaman.sebnarnya disini tempat untuk mereka riadah mendaki bukit dengan menggunakan alat tali.
kami semua terasa penat dan letih.tertidur dlam perjalanan pulang dari dabung. sehingga kini saya sedang menulis karangan cerita ini dalam bas yg sedang bergerak pulang ke kg berangan. semoga semuanya ceria dan bahagia dalam perjlanan jaulah kali ini semoga kita dapat bertemu dilain kali .insyallah ke destinasi tempat yg lebih menarik.


jam 18.00 petang 
20 7.2024
Share:

Monday, July 15, 2024

MESYUARAT NUQABA DUN SELISING

bermula mesyuarat nuqaba dun bermula malam selasa minggu ketiga di dun manakala usrah di setiap unit daerah mengundi UDM SETIAP BULAN MINGGU KE keempat malam..
muhammad fakhruddin amin adalah naqib yg hadir  ke mesyuarat nuqaba dun.
timbalan naqib muhammad fakhruddin amin

*Minggu 1* 
- Isnin: Usrah Nuqaba Zon
- Rabu: Usrah BPPNK

*Minggu 2* 
- Isnin: Kuliah Haraki Dun
- Rabu: Mesyuarat JK Kerja DPPKPP 

*Minggu 3* 
- Isnin: Usrah Nuqaba Dun
- Rabu: Usrah Pemuda Dun 

*Minggu 4*
- Isnin: Usrah UDM
- Selasa: Usrah DPPKPP 
- Rabu: Usrah PAS Kawasan PP
peringkat taarif ( pengenalan)
taqwim (pembentukan)
tanfif ( pelaksana)
Share:

Wednesday, May 22, 2024

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN ISLAM PASIR PUTEH

Mesyuarat pembangunan Islam telah bersetuju mengadakan program Run Ride sawah Padi. program ini akan diadakan pada bulam Ogos sempena hari kemerdekaan Malaysia yamg ke 69.di tasik pauh.
diantara program yang lain ialah.fulsal pada 16 september 2024.bermula 8pagi sehingga 5 petang.
tempat putsal pasir puteh.
Share:

Wednesday, May 15, 2024

Modul bersepadu kursus praperkahwinan islam MBKPI

Majlis perasmian oleh ybrs puan hazizah binti yusuf. penghulu peserta ialah ust ab rahim.

Share:

Definition List

get this widget here

Unordered List

Sembang