Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ........ ~al-qhazali~

Thursday, May 3, 2012

Facebook era memfitnah di hujung jari

Facebook generasi baru mencuit pengumpat Kalau dah jenis mulut murai, tak dapat membebel depan orang, membebel di laman social seperti facebook atau twitter pun jadi. Kawe telitilah, dah jadi trend kebanyakan perempuan mulut murai atau lebih dikenali mulut tempayan, meluahkan perasaan mereka di laman social, bukan membebel saja, malah siap dengan fitnah serta kata-kata mengeji dan makian.


Nak tunjukkan mereka lagi hebat dan bagus, pastinya siap ada sambungan ayat hujung berbunyi: “siapa makan cili dia terasa pedasnya”. Kalau ada yang komplen atau tak senang hati dengan status mereka, ayat paling biasa akan dibalas seperti “…akaun aku, suka hatilah nak tulis apa pun”sekali gus nak ‘ membenarkan ‘ kesalahan mereka yang sudah terang lagi bersuluh itu,

Kawe rasa spesies perempuan macam ni bukan lagi tahap mereng, tapi dah memang layak sangatlah korang berkawan dengan syaiton. Kalau akaun laman social tu milik sendiri sekalipun, apa ingat tak berdosa ke kalau mengata, mengeji, mengumpat dan memaki orang lain. Sekolah mana korang belajar ini.

Kawe tak tahu apa faedahnya mereka mengemas kini status dengan kata-kata berkenaan. Nak kata orang lain akan suka. Kalau dah baca status maki –makini, ada ke yang suka. Kawe pun terus naik benci dengan pemilik status berkenaan. Sekali dua boleh tahan lagi, tapi bila asyid tengok perempuan tu tulis status buruk saja, memang terus meluatlah. Kalau pun orang lain ada buat salah atau silap, takkan sampai nak masuk dalam internet kot. Perlu ke menghebohkan pada orang lain. Itu belum status merepek bila bergaduh dengan perempuan lain yang tak ‘ sebulu ‘ dengan mereka.
Share:

Definition List

get this widget here

Unordered List

Sembang