Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ........ ~al-qhazali~

Friday, January 25, 2013

TEKNIK SUARA BERKESN


Sesuatu mesej yang keluar melalui kerongkong bola suara mempunyai kepelbagaian kefahaman. Lunak suara berkait rapat dengan penggunaan bahasa. Bahasa yang lembut harus digunakan dengan nada suara yang lembut. Begitu juga kefahaman diertikan dengan penggunaan nada tinggi rendah suara. Ianya adalah proses memberi maklumat, keberkesanan maklumat itu bergantung kepada kefahaman seseorang terhadap apa yang diucapkan. Manakala nada suara memainkan peranan yang penting dalam memahami maksud kalimah yang diucapkan itu. Seperti seseorang itu mengucapkan kalimah dengan nada suara yang biasa “pergilah bermain” memberi erti bahawa, itu adalah perkataan menyuruh. Namun bila seseorang itu menukarkan dengan nada suara yang tinggi maka memberi makna melarang seseorang itu bermain.

Penulis memerhatikan kepada tutur kata seseorang banyak memberikan tafsiran peribadi seseorang, kerana mulut tidak akan bercakap kecuali hati menyuruh bercakap. Sebab itu penulis menyingati sabda Nabi s.a.w yang bermaksud
“ didalam jasad manusia ada segumpal darah jika baik darah itu maka baiklah seluruh jasadnya jika rosak darah itu maka rosaklah seluruh jasadnya, itulah yang dinamakan hati”.
Mulut akan bercakap apa yang tergambar dalam akal fikirannya. Oleh itu pembentukan peribadi bermula dengan tarbiah ilmu dan amal. Orang berilmu kurang bercakap namun bila saja dia bercakap segala tutur katanya amat bermakna dan memberi pedoman kepada sesiapa yang mendengarnya. Sebagai contoh para Nabi yang diutuskan oleh Allah akan bercakap dengan manusia mengikut akal fikiran seseorang, tambahan pula kata-kata para Nabi a.s terpegun bila didengarinya sebab itu tidak hairanlah ramai dikalangan orang kafir menyatakan perkataan Nabi itu adalah sihir. Dalam hal ini Allah mengajar kita melalui firmanNya yang berbunyi.

“dan bersederhanalah kamu dalam berjalan serta lunakkanlah suaramu sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”
Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan bahawa berkomunikasi dengan nada suara adalah satu isu yang sangat penting dalam kehidupan manusia.
Seorang kaunselor bila berhadapan dengan klien mesti menjaga nada suara dengan baik. Kerana ini akan  memberi kesan kepada klien semasa menerima maklumat dan menaruh kesan mendalam selepas sesi perundingan dengan kaunselor. Dalam hubungan kaunselor dengan klien perlulah merealisasikan gaya komunikasi yang telah digariskan oleh Allah s.w.t yang menekankan   hormat menghormati kepada orang lain.

Share:

Definition List

get this widget here

Unordered List

Sembang