Monday, October 12, 2015
Home »
» KEMBALIKAN HATIMU KE MASJID
KEMBALIKAN HATIMU KE MASJID
Sepanjang pemerhatian penulis sejak menjadi orang bermukim di Kg Karangan Kuala Krai, ada beberapa perkara yang merupakan perkara perlu diutamakan dan diambil perhatian ialah masalah perpaduan dalam ibadat dan muafakat membentuk syakhsiah yang baik. sebuah kampung tempat yang terbaik ialah di Masjid. sekiranya Masjid keluasan isipadu yang luas jika dibandingkan dengan keluasan rumah penduduk di sekitarnya. namun apa yang menarik perhatian penulis ialah mereka yang datang untuk beribadat di dalamnya hanya mudah dibilang dengan jari sedangkan penduduknya adalah di kalangan umat Islam. kenapa keadaan ini terjadi adakah mereka tidak lagi mempedulikan masjid. atau mereka sudah tidak berhajat lagi kepada tuan punya Masjid?
Ada orang yang rumahnya hampir dengan Masjid tetapi tidak mampu mendatanginya. Sebaliknya, ada orang yang rumahnya jauh dari masjid tetapi mampu mendatanginya. ini semua soal iman dan hati umat Islam.
di manakah umat Islam? adalah rumahmu yang didiami itu sudah merasakan cukup indah berbanding berada di Masjid?