Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ........ ~al-qhazali~

Tuesday, June 5, 2012

BANK IN PEMBAYARAN PASTI WANG TIDAK DIKEMBALIKAN



Syarikat Penerbangan Airasia adalah sebuah syarikat penerbangan yang masyhul di rantau Asia. Ianya sedang beroperasi keseluruh Dunia. Syarikat  menjanjikan kadar tiket yang murah. Sistem tempahan tiket amat mudah dan senang, boleh memesan tiket dengan cara online.Tambang ekonomi yang mampu dibayar oleh semua lapisan masyarakat.Tahu tak kita?atau sedar tak? sebenarnya  syarikat memudahkan para pelanggannya membeli tiket dengan cara sistem mudah namun apabila  tiket telah ditempah  dan pembayaran telah dibuat, maka saat itulah para pelanggan terjerat dan tersempit untuk mendapat kembali wang tersebut sekiranya tempahan tersebut dibatalkan atau tidak mendapat perkhidmatan.
        Syarikat hanya mementingkan keuntungan mereka daripada memikirkan masalah para pelanggannya. Promosi jualan tiket murah dapat memikat para pelanggan supaya melakukan pembayaran segera. Syarikat juga mendapat keuntungan besar hasil promosi jualan tiket. Tiket murah perlu ditempah untuk tempoh masa yang akan datang, dalam tiga bulan keatas, pelanggan  perlu menjelaskan pembayaran segera bagi keseluruhan kos perkhidmatan. Hal ini syarikat menjadikan wang tersebut menjadi modal syarikat. Wang tersebut digunakan bagi pelaburan mereka, sedangkan  sekiranya pelanggan tidak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut pada waktu ditetapkan atau menunda tarikh lain maka pelanggan pula dikenakan denda sebab menunda tarikh. adakah perkara adil ? wang pelanggan diguna untuk perniagaan tanpa memberi pulangan keuntungan kepada pelanggan atau sepatutnya memberikan kelonggaran kepada pelanggan melakukan pertukaran tarikh atau nama tanpa dikenakan denda. namun syarikat tidak buat begitu, kerana mereka yakin sekira berlaku sedemikian syarikat akan kerugian. apa orang kata "biar rugi pelanggan jangan rugi syarikat"
Share:

Definition List

get this widget here

Unordered List

Sembang