Home »
» SISTEM KOMPUTER MENGUNTUNGKAN SYARIKAT
Mesin pembayaran tiket kebiasaannya disediakan oleh syarikat perkhidmatan parking di tempat awam. Kos penyelengaraan itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat. Penggunaan mesin sebagai menganti kos pembayaran gaji manusia setiap bulan, tambahan pula Mesin dapat berfungsi sepenuh masa. Operasinya berdasarkan sistem angka dan masa, tanpa mengira jadual,aktiviti dan kepentingan manusia. Mesin tidak kenal siapa, apa yang diprogramkan cara itulah ianya beroperasi. Dalam sistem ianya tidak dapat mengesan autoriti seseorang manusia. Sifat kemanusiaan tiada dalam mesin, bilamana berhadapan dengan manusia, ianya berkuasa keatas manusia, tanpa mengira apa masalah yang berlaku. Kuasanya satu persatu mesti diturutinya tanpa ada tolak ansur terhadap manusia. Hal ini menjadi satu isu yang perlu ditangani atau perlu dititik beratkan perinsip tolak ansur di antara pelanggan dengan syarikat. Keadaan ini lebih membimbangkan jika syarikat menjadikan mesin komputer tersebut sebagai penyelesai masalah, syarikat perlu ada pegawai atau kakitangan bertugas bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Pegawai ada dilantik tapi bukan untuk tujuan tersebut. Isu ini bukan saja terkena pada seorang malah ribuan manusia mungkin berlaku. Ramai yang terkena atau sedar bahawa alat mesin adalah satu alat yang tanpa hati perut berkomunikasi dengan pelanggan dengan mudah mengaut keuntungan besar bagi syarikat. kenapakah alat tersebut tidak menyenangkan sesetengah pengguna?
ye.Di sini saya ingin menceritakan satu pengalaman sewaktu berada di Air port. Saya terserempak dengan seorang makcik yang mempunyai ramai anak. Mereka berjalan ke tempat letak kereta. Dalam situasi menuju ke tempat letak kereta, pelbagai kereneh anak -anak mereka yang kenakalan, kejar mengejar antara satu sama lain. Suara ibu kemarahan, membebel terhadap kenakalan anak-anak mereka. Saya memerhatikan gelagak mereka, bila mana anak-anak mereka berada dalam kereta, makcik memandu menuju ke tempat pintu keluar, dia memasukan resit pembayarannya ke dalam mesin, resit itu menotolak keluar resit itu tanpa membuka pagar. dia cuba sekali lagi, begitulah keadaannya. Tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian kemas menuju ke tempat kejadian itu, bila pegawai tersebut memeriksa punca masalah itu ialah kerana lewat ke tempat mesin parking seminit. Pegawai tersebut menyuruh makcik membayar sekali lagi. hal inilah menaikan darah makcik tersebut. akhir sekali makcik terpaksa membayar sekali lagi dengan penuh kemarahan.
Bagaimana kes ini berlaku, jika berlaku setiap hari 100 orang sahaja. bagaimanakah duit itu adakah halal atau haram.? sepatutnya kes ini perlu diselesaikan dengan pegawai yang bertugas. kerana seminit mereka terpaksa bayar sepenuhnya. ini adalah zalim. "wallahua'lam"