Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ........ ~al-qhazali~

Saturday, February 13, 2016

KEGAGALAN SISTEM KAPITALIS, KEWANGAN ISLAM DIKAMBING HITAMKAN

Ada golongan membangkitkan masalah kewangan dan perbankan di Malaysia, kemudian terus menuding ke arah kewangan dan perbankan Islam. Lalu mereka menyebut sumber kewangan dan kaedah pinjaman yang dilakukan. Padahal kaedah yang disebutkan bukanlah sistem kewangan Islam tetapi sistem Kewangan kapitalisme yang diwarisi sejak zaman penjajahan lagi.
Sepatutnya, kritikan tersebut ditujukan kepada kelemahan kewangan yang menggunakan sistem kapitalisme dan bukan mengkritik sistem perbankan serta kewangan Islam. Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia masih di bawah kerangka sistem kapitalis yang perlu diperbaiki satu persatu.
Itulah masalah mereka yang menuding ekonomi Islam di Malaysia sedangkan sifatnya masih dalam sistem Kapitalis. Kritikan seperti ini pernah dibuat ketika Mohamad Morsi menjadi presiden Mesir, ekonomi Islam dikritik dengan penghujahan sosialis yang sering digunakan. Ekonomi Morsi dituduh menjaga 2% rakyat dan ditemplak kerana gagal dalam pengagihan harta. Padahal, Morsi belum lagi merubah sepenuhnya segala sistem di Mesir dan masih mewarisi sistem-sistem zaman presiden sebelumnya
Begitulah, sikap tidak puas hati terhadap sistem kewangan yang dijadikan amalan tetapi dalam keadaan sedar mereka sedang mengganyang ekonomi Islam dan menuduh Islam adalah seperti kapitalis mencari modal dan melambakkan hutang bank. Padahal, kelemahan sistem di Malaysia bukan kelemahan sistem kewangan Islam tetapi kelemahan sistem kapitalisme.
Dalam bahasa mudah, kewangan dan perbankan Islam di Malaysia adalah sebahagian dari sistem kapitalisme Malaysia. Ia adalah seperti undang-undang Jenayah Islam di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada sistem perundangan Malaysia. Ini bermakna, kalau kes buang bayi tidak selesai, janganlah undang-undang Islam dipersalahkan kerana hukuman kesalahan zina di Malaysia hanya memperuntukan denda. Justeru, sememangnya wajar kerajaan Kelantan menuntut pemisahan kuasa yang jelas dalam mahkamah Syariah.
Kesimpulannya, sistem Islam di Malaysia masih di bawah sistem sedia ada, bukan sistem Islam mengatasi sistem selainnya. Oleh demikian, pandangan CEO Bank Muamalat dan seumpamanya utk menembak perbankan Islam merupakan hujah simplistik kerana "you must know that our true face is not 100% Islam".
Janganlah kerana dendam dengan sistem Kapitalis, kita bertukar wajah kepada pentaksub Rusia dan China. Begitu jugalah, janganlah kerana dendam dengan sistem sosialis, kita bertukar menjadi pentaksub Amerika dan Eropah. Tetapkanlah pendirian terhadap sistem Islam sebagai penyelamat dalam melayari hidup di dunia dan akhirat
Dr Muhammad Atiullah bin Othman
Share:

Definition List

get this widget here

Unordered List

Sembang