Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ........ ~al-qhazali~

Sunday, February 14, 2016

PENGAJARAN DARI QARUN - MINTA SUPAYA ALLAH REDO, BUKAN MINTA JADI KAYA

Qarun meminta menjadi seorang yang kaya, yang akhirnya telah memusnahkan agamanya. Sepatutnya dia mohon supaya menjadi seseorang yg Allah redoi kerana yg penting ialah bukan miskin atau kaya, tetapi ialah mendapat keredoan Allah kerana itu adalah tiket untuk masuk syurga Allah.
Qarun ialah pengikut nabi Musa tetapi dia akhirnya engkar kerana tamak dengan hartanya. Pada asalnya, Qarun adalah orang yang sangat susah dan seringkali dapur rumahnya tidak berasap. Namun isterinya berkata "tidakkah kamu baik dan menjadi pengikut kepada Nabi Musa, mintalah supaya jadi kaya". Desakan dari isterinya akhirnya dia meminta kepada Nabi Musa agar Allah berikan kepadanya kekayaan yg membolehkannya melaksanakan perintah Allah dengan lebih sempurna.
Nabi Musa mengajarkannya ilmu untuk membuat emas dan menjadi orang yang sangat kaya.
Dia menjadi kufur kepada Allah. Akhirnya, Qarun tenggelam bersama hartanya dalam tasik ini.
Boleh tak mengimpikan kaya, minta dapat datokship, profesorship, jutawanship, ....
Rasulullah ajar dengan sebuah doa
ابن مسعود -رضي الله تعالى عنه- أن النبي -صلى الله عليه وسلم- كان يقول: ((اللهم إني أسألك الهدى والتقى والعفاف والغنى))
Rasulullah minta hidayah, taqwa, afaf dan kaya.
Afaf ialah bersih diri dari mendekati perkara yg tidak perlu, maksiat dan dosa.
Akhir sekali baru minta jadi kaya.
Share:

Definition List

get this widget here

Unordered List

Sembang