*Tazkirah Maghrib Ringkas*
Oleh : Ustaz Asri Mad Daud
( _Setiausaha Politik MB Kelantan_ )
Sekiranya gagal untuk merancang, maka kita merancang untuk gagal.
Saidina ali juga berkomentar:
" _Kebenaran yang tidam bersistem akan dikalahkan oleh kebatilan yang bersistem._ "
Maka demikianlah pentingnya strategi dan perancangan. Namun, strategi ada fiqh dia tersendiri. Ianya terdiri daripada :
1. Fiqh takhtit
2. Fiqh tawaqu'
3. Fiqh maālat
Demikian juga dizaman kita ini, perkembangan teknologi yang semakin canggih perlu dikuasai dan dimanfaatkan untuk perjuangan ini dalam keadaan kita berdepan dengan generasi millennia.
Ini jelas apabila Dr. Yusuf al-Qaradhawi hafizahullah menceritakan bagaimana Abu Bakar r.a bertanya tentang kelengkapan musuh. Setelah diceritakan tentang kelengkapan musuh. Maka kata Saidina Abu Bakar r.a, lawan mereka (musuh Islam) dengan kelengkapan yang lebih hebat daripada pihak musuh.
22 Jamadil Awal 1441H
DITC, Kemaman.