Tuan Guru Haji Daud Pondok Mahligai Melor ( 1937 - 1999 )
Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Daud Bin Salleh Bin Abas dan beliau dilahirkan di Kampung Mahligai, Melor, Kota Bharu pada tahun 1937.
Ayahnya Haji Salleh Bin Abas berhijrah dari Kampung Alor Bakat lalu menetap di Kampung Mahligai pada tahun 1936.
Beliau mula mendapat pendidikan awal dari ayahnya sebelum memasuki Pondok Melor dibawah asuhan Tuan Guru Haji Abdul Kadir Melor dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Mekah. Di antara sahabat seperguruannya ialah :
1. Tuan Guru Haji Zakaria Melor
2. Tuan Guru Haji Abdullah Alor Bakat
3. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Draman Pondok Haji Yaacob Samba
Setelah pulang ke tanah air pada tahun 1974, beliau telah diminta untuk memimpin Pondok Mahligai, Melor yang diasakan oleh Tuan Guru Haji Mutalib dan Tuan Guru Haji Muhammad.
Di sini beliau telah curahkan segala bakti dan jasanya dengan mengajar masyarakat setempat sehinggalah ke akhir usia.
Beliau meninggal dunia pada 10 September 1999 ketika berusia 62 tahun kerana menghidap penyakit jantung dan paru-paru berair.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - Maklumat awam