Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ........ ~al-qhazali~

Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

INDAH HANYA BUAT SEKETIKA

Tersebut alkisah mengenai seorang remaja. Waktunya banyak dihabiskan untuk bekerja mencari wangdan kemewahan hidup.selama sepuluh tahun dia bekerja keras kerana inginkankehidupan yang mewah dan glamor.dia terpaksa keghalas perut dan membuang kemahuannya semata mata ingin mengumpul wang yang banyak.wang banyak dikumpulkan di dalam bank dia berasa seronok melihat angka duitnya sehingga jumlah ribuan ringgit.dia selalu membelik buku dikauannya.biarlah perut tidak dimasukan makanan asalkan nikmatmata dpt melihat jumlah wang yang banyak. Waktudia bekerja ditinggalkan solat dan zakat.itu semula dia beranggapan merugikan dan tidak menyeronokkan. Dlam keadaan itu. Dia tinggal dengankeluarganya sendiri. Satu sentidak perlu keluarkan untuk keperluan keluarganya .makqn minum semuanya ditanggung sepenuhnya oleh ibubapanya.
Suatu hari datang seorang yang baru dikenalinya.berbcara buat sesetikanya...berbincangannya berkisah ingin jadi jutaan.topek ingin amat digemarinya makan dia terkena jerat oleh manis mans mulut kawannya tadi sehingga dia memaksakan keluarkan duitnya sejmlah besar demi mengaut keuntungqn yang besar..setelah dberikan dengan mengeluarkan wang daribank...duit tadi diberikab kepada kawan baru kenali itu tanpa memikirkan musibat dan jaminan yang benar..maka akhiranya kawan baru itu tirak lagi nampak muka.rupanya kawan tadiseorang penipu.
Akhir sekali dia menyesal kemungkina  akibat dia tidak keluar zakat dan keluar untuk keluarganya maka sejumlah duitnya lesap begitu saja.alangkag  ruginya penat lelah..sebelum in berakhir dengandukacita...

Pengajaran.cari harga dan guna dengan betul..
Keluarkan zakat krn dengan berzakat mendapat berkat

Share:

Monday, August 12, 2013

Call Misteri dari wakil Bsn

Saya baru sahaja balik dari Bank Simpanan Nasional.saya berjumpa dengan kakitangan Bsn, ingin bertanya tentang  potongan duit dalam bank akuan saya sebanyK rm162.00.bila saya nak tutup sahaja pemotongan itu kakitangan bsn iti bagitahu bahawa tidak boleh membatalkan pemotongan itu kerana ini adalah kena berhubung dengan telemarketing.adoi hai nak ambil duit orang amat senang sekali tetapi bila ingin buat pembatalan terpaksa melalui jalan yang amat susah.kita sambung cerita selepas ini........nak pergi solat zohor.dulu.....jangan kemana mana.

Share:

Thursday, August 8, 2013

PANDANGAN PERALIHAN KUASA TENTERA MESIR

PENGGULINGAN Presiden Mesir, Dr Mohamed Mursi oleh tentera yang didalangi Amerika Syarikat, awal Julai lalu, telah menggemparkan seluruh masyarakat dunia, termasuk di Malaysia. Ramai melihat penggulingan sebagai kejam dan tidak adil kepada Mursi yang baru mentadbir selama setahun bermula pada 2012. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, Haslina Kamaludin dan Norutul Ilham Md Jari bersama Penganalisis Politik Asia Barat dan Afrika, DR MASZLEE MALIK, untuk mengulas mengenai isu sebenar di sebalik penggulingan ini.Apakah punca kebangkitan Mesir?Peristiwa hari ini adalah apa yang berlaku pada revolusi 25 Januari 2011 di Mesir. Ia menandakan permulaan era baru bagi Mesir selepas beberapa dekad diperintah diktator dan mantan tentera bermula 1952 oleh Jeneral Gamal Abdel Nasser diikuti Anwar Sadat dan Hosni Mubarak. Mubarak paling lama memerintah, digulingkan pada Januari 2011 oleh kebangkitan rakyat yang bersatu ketika itu.Selepas Mubarak dijatuhkan, tentera mengambil alih untuk proses sementara, berlaku pilihan raya dan transisi demokrasi. Rakyat bangkit tolak tentera agar melepaskan kuasa. Pilihan raya dijalankan tiga kali pusingan yang berakhir Disember 2011. Akhirnya terbentuk kerajaan didominasi Ikhwanul Muslimin yang mendapat 50 peratus. Ikhwanul Muslimin adalah pertubuhan gerakan hampir 90 tahun, paling tersusun, teratur dan berpengaruh dalam rakyat Mesir.Siapa sebenarnya Ikhwanul Muslimin?Selama ini mereka tidak bangkit sebagai kuasa politik. Pertubuhan itu diharamkan pada zaman pemerintahan Anwar Sadat dan Hosni Mubarak, jadi mereka bergerak sebagai gerakan bawah tanah. Namun kumpulan ini mempunyai kekuatan dari segi melakukan kerja kebajikan masyarakat. Ahli Ikhwanul Muslimin daripada kalangan ahli kesatuan sekerja, persatuan profesional dan pelajar universiti. Tetapi untuk bergelar sebagai ahli politik, Ikhwanul Muslimin tidak dibenarkan kerana Perlembagaan Mesir melarang parti politik berteraskan agama ini bertanding, ia berlaku sebelum Mubarak. Selepas Mubarak jatuh, demokrasi dijanjikan dan mereka menubuhkan parti politik, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang memenangi 50 peratus.Siapakah menggulingkan perjuangan Ikhwanul Muslimin?Pada waktu Mursi naik, mula berlaku krisis di Mesir apabila ada golongan tidak suka dengan Ikhwanul Muslimin, sama ada saki baki rejim, Mubarak ataupun golongan sekular, liberal dan berhaluan kiri. Mereka tidak suka isu ideologi ataupun pergolakan kuasa. Sejak awal lagi sudah menyatakan tidak setuju (dengan Mursi) dan termasuk golongan Kristian Koptik.Tidak dinafikan golongan Kristian Koptik paranoia terhadap gerakan Ikhwanul Muslimin. Mereka memainkan peranan besar kerana banyak duit dan antara dalang utama yang menjatuhkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Mereka memiliki media yang  digunakan untuk serang Ikhwanul Muslimin dan seakan ada unsur Islam fobia. Mereka sebahagian daripada pemberontak.Bagaimana reaksi golongan sekular?Dengan golongan sekular, walaupun mereka mendapat kerajaan, tetapi birokrasi kerajaan masih lagi di bawah pengaruh rejim lama, iaitu dikenali sebagai Fuloul yang menguasai birokrasi. Walaupun kerajaan baru sudah dapat Parlimen, tapi birokrasi masih kepada Mubarak lagi. Polis masih lagi berpihak kepada rejim lama. Apabila polis tidak bekerjasama, keadaan kucar-kacir. Jadi kerajaan baru dan ada kuasa, tapi mereka tidak kuasai perkara ini, itu yang mereka hadapi. Media juga memainkan peranan. Bayangkan kita ada media milik kerajaan tapi tidak menyebelahi kerajaan.Apakah faktor penggulingan Mursi?Keadaan ekonomi dan keselamatan di Mesir dijadikan faktor Mursi dan Ikhwanul Muslimin dipersalahkan. Ditambah pula media setiap hari memperlekeh, menghina dan menfitnah sehingga bertambah setiap hari siri-siri demokrasi. Kemuncaknya pada 30 Jun lalu mereka menyambut setahun Mursi naik jadi Presiden. Apa yang berlaku adalah kebangkitan rakyat dan kumpulan Tamarud (pemberontak). Mereka adalah gabungan sekular, saki-baki rejim, dan golongan berhaluan kiri.Apabila Ikhwanul Muslimin dan Mursi menang, mereka mula berbaik dengan Barat untuk tarik pelabur. Kebanyakan golongan keliling Mursi adalah peniaga yang perlu untuk bangunkan ekonomi Mesir. Namun, ada parti sosialis menggunakan hujah bahawa Ikhwan ini ejen Amerika dan  liberalis baru. Jadi, mereka turut serta dalam menjatuhkan kerajaan sedia ada.Kumpulan lain iaitu golongan saki-baki Ikhwan yang tidak setuju pencalonan Mursi dan Ikhwan hantar wakil untuk jadi presiden, diketuai mantan orang kuat Ikhwanul Muslimin yang terlibat dalam pemberontakan ini.Turut terlibat, pemuda revolusi pada 25 Januari 2011dengan harapan untuk dapatkan negara lebih terbuka dan bebas. Mereka pernah jatuhkan Mubarak, maka tak susah untuk jatuhkan Mursi. Kumpulan ini bercampur dengan golongan Salafi, yang asalnya bersama dengan Ikhwan untuk bentuk Perlembagaan. Malah presiden mereka dipilih untuk jadi sebahagian daripada Majlis Presiden. Golongan ini menegaskan mereka menentang Ikhwan bukan kerana mahu lawan Islam, tetapi ada kelemahan yang wujud dalam Ikhwan yang mereka nampak.Adakah rakyat tidak faham demokrasi?Bagi rakyat, mereka tak perlu cerita apa, cuma bagilah peluang sekurang-kurangnya empat tahun, dia (Mursi) dipilih, diberi mandat sebagai Presiden empat tahun.Untuk berlaku adil kepada Mursi, mereka (rakyat) perlu lakukan banyak perkara, dalam tangan yang terikat, dalam keadaan pihak birokrasi tidak bekerjasama, dalam keadaan peniaga tidak memberikan kerjasama, media hentam kerajaan setiap hari dan polis yang tidak beri kerjasama.Dalam keadaan itu pun, Mursi buat banyak perubahan, bawa masuk pelabur, ekonomi pun secara relatifnya pun meningkat berbanding 2011. Pada 2012 ada peningkatan dan pembukaan kilang baru. Mursi mempunyai projek dinamakan Kebangkitan, mereka panggil (bekas Perdana Menteri Malaysia) Tun Dr Mahathir Mohamed untuk bincang kerana mahu ambil pengalaman Malaysia. Mereka pergi ke Amerika Syarikat, Singapura dan negara barat untuk dapatkan pengalaman untuk meningkatkan hubungan dagang.Ini berlaku, bukan bermaksud Mursi tidak tahu, lagi pun mereka baru setahun dan tidak banyak usaha dapat dilakukan. Sepatutnya puak pemberontak lebih membantu bukannya meruntuhkan. Dalam keadaan terpaksa berhadapan dengan orang berdemonstrasi setiap hari, rakyat tidak mempunyai banyak pilihan lagi.Apakah kelemahan Ikhwanul Muslimin?Mereka terlalu percaya tentera untuk mempertahankan mereka. Mursi pandang rendah keupayaan golongan pemberontak ini dan  ucapannya seakan mahu berlawan sahaja dengan mereka. Ini nampak kekurangan Mursi dalam kebijakan berpolitik. Ikhwanul Muslimin juga hidup dalam paranoia, 80 tahun bawah tanah dan hidup dalam penjara. Jadi apabila berada di atas, dia tidak boleh jika ada orang nak menentang, orang cakap ada orang nak kenakan dia dan tidak nampak peluang melalui ruang yang boleh terokai.Contoh yang sama turut berlaku di Turki. Namun, kenapa Turki boleh kawal perkara itu malah boleh bertahan sehingga 10 tahun. Bukan tidak ada usaha untuk menggulingkan pemimpin, beberapa kali tentera mahu menggulingkan Recep Tayyip Erdogan (Perdana Menteri Turki). Di Turki bukan kali pertama kes apabila parti Islam naik terus mahu digulingkan berlaku, yang paling kemuncak adalah di zaman pemerintahan (Prof Dr Necmettin) Erbakan.Saya masih ingat lagi 2011, Erdogan datang ke Mesir dan dalam ucapannya dia kata Mesir kena jadi negara sekular untuk Islam naik. Tetapi Ikhwanul Muslimin tidak setuju, Turki tidak sama dengan Mesir, rakyat Mesir mahukan Islam, itu Erdogan tidak nafikan.Komen Dr mengenai penggulingan Mursi?Bagi pendapat saya sebagai pemerhati politik, pemimpin perlu bijak berhadapan dengan kuasa besar dan pihak yang tidak suka kepadanya. Mungkin dari segi ini, Ikhwanul Muslimin mempunyai strategi sendiri, ternyata strategi yang mereka buat mungkin tidak sesuai dan kelihatan seperti mereka mahu cepat dan gopoh sangat. Ini harga yang mereka terpaksa bayar.Sungguhpun demikian tidak boleh beri justifikasi penggulingan kuasa Ikhwanul Muslimin oleh pihak tentera kerana pihak tentera yang sekarang dilantik Mursi.Mursi sendiri telah guling jeneral lama dan menggantikan jawatan jeneral daripada kalangan rakannya. Jadi orang akan lihat, berlakunya politik dalaman dan penggulingan kuasa ini berlaku kerana Ikhwanul Muslimin masih belum mahir dengan selok-belok politik lagi.Apakah hala tuju gerakan Ikhwanul Muslimin untuk mengembalikan kuasa Mursi?Apa yang kita pasti bagi pihak Ikhwanul Muslimin, mereka akan keluar berdemonstrasi secara aman, sehingga kuasa dikembalikan kepada Mursi, kerana Mursi telah dilantik rakyat melalui suara majoriti melalui pilihan raya yang sah dan diiktiraf oleh antarabangsa.Mengikut sistem demokrasi, jika yang tidak setuju atau tidak sependapat mekanisme pilihan raya akan digunakan. Kalau tidak setuju, tunggu empat tahun, beri peluang projek yang ingin dibuat.Apa yang berlaku di Mesir sekarang adalah pencabulan terhadap demokrasi, perlembagaan dan pengkhianatan kepada revolusi pada 25 Januari 2011.Bagi penyokong Ikhwanul Muslimin, mereka akan tetap berdemo dan berkumpul di beberapa tempat, untuk menuntut supaya tentera kembalikan kuasa dan saya yakin anggota Ikhwanul Muslimin yang berdisiplin ini akan mengikut cakap Mursyidul Amnya untuk kekal sehingga perkara itu berlaku.Apakah risiko yang mungkin berlaku?Cuma apa yang dirisaukan adalah, kalangan penyokong Mursi daripada Ikhwanul Muslimin adalah kumpulan radikal, iaitu kumpulan yang boleh lakukan pengeboman dan sebagainya. Apabila berlaku revolusi mereka sudah bertaubat dan meninggalkan keganasan dan ingin berpolitik, kita lihat mereka antara pendukung Mursi.Bagaimanapun ada antara mereka berkata, "Lihatlah, demokrasi telah pun khianati kita dan demokrasi bukan caranya, jadi kita kembalikan ke zaman dulu dan angkat senjata kembali melakukan perlawanan dengan pihak tentera."Ini bakal mengulangi kejadian berlaku di Algeria 1991, ketika parti Islam menang dan ambil alih kuasa yang pada masa itu, muncul pula kumpulan radikal yang angkat senjata untuk lawan tentera yang akhirnya berlaku perang saudara, ini yang kita takuti jika dibiarkan dan kalau tentera masih lagi degil, masalah ini jadi lebih radikal lagi.Adakah kumpulan pemberontak dan pembangkang boleh mentadbir Mesir?Walaupun mereka nampak bersama tapi sebenarnya mereka tidak bersatu, mereka hanya boleh bersatu untuk jatuhkan Mursi. Tetapi untuk bersama memerintah, tidak mungkin kerana kita lihat dua tiga hari ini mereka gagal lantik Perdana Menteri daripada kalangan mereka sendiri.Presiden telah dilantik oleh jeneral, tapi nak lantik Perdana Menteri bagi kerajaan sementara yang dicadangkan adalah Elbaradei. Beliau adalah bekas pakar nuklear, beliau tokoh dalam kumpulan pembangkang yang memainkan peranan penting, tetapi kumpulan Salafi berjaya halang. Sekarang, tentera menjanjikan bahawa selepas ini akan ada pilihan presiden dan umum, saya yakin seperti mana pilihan raya umum lalu, golongan liberal ini sekular tidak boleh bersatu, apatah lagi untuk membentuk kumpulan pembangkang, jadi mereka tidak akan ke mana-mana.Kalau mereka tidak boleh bersatu, bermakna Ikhwanul Muslimin akan menang lagi. Walaupun pihak tentera sendiri nak jalankan pilihan raya dan sebagainya, saya pasti yang Ikhwanul Muslimin masih tetap akan menang. Ikhwan adalah organisasi yang paling tersusun, namun persoalannya adakah mereka akan benarkan Ikhwan bertanding, nanti.Apakah nasib Ikhwanul Muslimin apabila diadakan pilihan raya?Jadi saya jangkakan parti Ikhwanul Muslimin akan diharamkan, perlembagaan sekarang tergantung jadi kalau nak jalankan pilihan raya, mereka akan adakan peraturan dan undang-undang baru yang pastinya tidak memihak kepada Ikhwan. Ikhwan mungkin akan ditutup dan pimpinan mereka yang berpotensi dalam pilihan raya akan ditangkap. Tidak pasti sama ada pilihan raya itu nanti akan diadakan secara bersih atau tidak. Ini yang diperkatakan oleh penganalisis sebab mereka tahu Ihkwanul Muslimin akan menang, kerana peluangnya besar.Bagaimana pandangan negara luar terhadap penggulingan Mursi?Agak menarik kerana ada beberapa negara yang pro demokrasi dan Mursi menolak segala pemberontakan yang dilakukan tentera, Turki, yang menyatakan bantahan yang jelas sebagai contoh.Iran walaupun agak tidak bersetuju dengan Mursi dan Syria, tapi nampaknya mereka tidak setuju tentera ambil alih kuasa. United Kingdom juga kita tengok nyatakan bantahan mengenai rampasan kuasa. Amerika Syarikat (AS) pula, kita tidak tahu apa-apa pendirian negara itu, malah Presiden AS, Barack Obama sendiri keluarkan kenyataan tidak menyokong mana-mana parti dalam tempoh peralihan. Namun, mereka bersikap hipokrit kenapa tidak kutuk yang ekstrem kerana melanggar undang-undang.Ada juga negara yang anti Ikhwan, menyokong rampasan kuasa dan pemerintahan tentera, seperti Saudi, Kuwait, Maghribi dan Emirates (Emiriah Arab Bersatu), Emirates sememangnya anti Mesir dan  baru-baru ini mereka menangkap aktivis Ikhwanul Muslimin kerana tidak mahu Arab spring singgah di negara mereka. Malaysia pula masih tidak jelas dengan pendirian, kalau nak ikutkan Malaysia menyokong Ikhwan atau tidak menyokong kepada pemberontakan, sebenarnya faedahnya tinggi.Bilakah pilihan raya akan diadakan?Jangkaan pilihan raya pula terpulang kepada tentera walaupun ada yang kata dalam masa terdekat.  Mungkin ada undang-undang pilihan raya baru dibuat untuk kekalkan kemenangan mereka atau mungkin mereka tidak akan benarkan parti berteraskan agama dan parti terlibat dengan subversif. Ini kerana mereka kini mungkin akan dikenakan tindakan berdasarkan ucapan pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang disalahertikan, jadi mereka akan buat tangkapan.Contohnya baru-baru ini, orang penting dalam Ikhwanul Muslimin ditangkap kerana membuat kenyataan yang boleh membuatkan peperangan saudara.Mursi akan dikenakan perkara sama termasuk Mursyidul Am akan dikenakan perkara sama kerana menyatakan mereka akan mempertahankan hak rakyat dengan nyawa dan darah sekalipun. Mungkin mereka akan ditafsirkan berperang, sedangkan mereka mahu bertahan dan ada pihak akan kata ia menggalakkan pertempuran.

Share:

Thursday, June 20, 2013

Satu Perjalanan ke Pontianak

Perjalanan satu pengalaman,di sini saya ingin ceritakan pengalaman menjelajah ke pontianak,Indonisia. Nama pontianak adalah diambil dari kisah banyak berlaku hantu perempuan berkeliaran di kawasan tepi sungai, suara perempuan selalu mengacau penduduk tempatan . bila kita dengar saja pontianak sudah tentu tergambar di imagin kita tentang hantu perempuan yang mengamuk dan menuntut bela terhadap manusia yang zalim mqsih hidup. itulah seba sedikit tentang nama sebenar diberikan. sudahkah anda pergi ke sana? kalau belum teruskan membaca artikel saya ini.insyallah sama sama kita kongsi pengalaman ini.
1. Taraf hidup penduduk di pontianak amat miskin diantara bukti jelas yg saya lihat ialah mandi di tepi parit,kelihatan airnya. dipenuhi oleh sampah sarap.dan warna air kehitaman(berseluk).kalau saya lihat airnya tak selera nak mandi namun itulah hakikatnya.
Gaji bekerja dengan kerajaan tidak dapat menampong kehidupan yang selesa.cuba kita bayangkan rm800. gaji taraf ijazah tu.
kalau kerja juru jual pasti lebih murah lagi.sebab itulah saya lihat ramai dikalangan mereka pakai motosokal berbanding kereta.mereka pakai kereka adalah dikalangan mereka ahli niaga.dan buat kerja sendiri.
dalam pada itu.ada yg menarik. tahaf kemiskinan mereka .sikap tolong menolong demi kemuslihatan islam.di sana saya sempat menziarahi pusat pondok pesenteren tahfiz alquran.
begitu juga saya berkenalan saudagar di sana penuh dengan dedikasi.dan menyambut serta memuliakan tetamu.
banyak lagi saya tidak semakkan ke.dalam.blog saya ini.insyallah kita berjumpa di lain artikel .

Share:

Monday, April 29, 2013

Pilihan raya terhagat

Sesiapa berpeluang mengundi pada pilihanraya ke 13 ini mestilah memilih siapakah layak membawa arus kemajuan Negara dengan mementingkan rakyat dan agama

Share:

Saturday, March 23, 2013

Syahid Muhammad Ramadhan al-Buthi



Tiada siapa menyangka Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti akan meninggal dunia dengan cara dibom tetapi penuh misteri. Pelbagai cerita, berita, pandangan diberi. Macam-macam pendapat tentang siapa yang mengebom atau membunuhnya dan mereka di dalam masjid Iman dengan pelbagai versi. Namun, hakikatnya taqdir Allah jua yang mengatasi. Barangkali ada hikmah tersembunyi. Boleh jadi juga niat Dr Bouti yang benar dengan Ilahi. Tiada siapa yang mengetahui. Namun, kebenaran tetap akan terbongkar nanti.

Saya tidak yakin pengeboman dibuat oleh anasir FSA atau aktivis revolusi. Kalau masih ada iman di dalam dada tidak tergamak membunuh diri dan membunuh ulama sedang mengajar dan muridnya yang mengaji. Tidak mustahil kalau diandaikan talibarut regim Basyar yang membuat operasi. Tidakkah Dr Bouti berada dalam kawalan ketat di Damsyik yang tidak mudah anasir FSA menyelinap masuk membawa bom pada diri? Apatah lagi apabila dikatakan Dr Bouti sudah mempunyai kecenderungan untuk tidak menyokong Bashar lagi.
Share:

Saturday, January 19, 2013

pengarah pengurusan jenazah

pada 19 jan 2013 kali ini, kali ini aku dilantik menjadi pengarah untuk pengurusan jenazah bagi kelab pelajar dakwah dan kepimpinan cawangan kuching sarawak. program itu dijalankan di institut kemahiran islam sarawak ikmas. peserta program terebut ialah merupakan pelajar tahun akhir. aktiviti ini di rasmikan oleh en helmi bin ab rahim penyelia ko kurikulum universiti kebangsaan malaysia.

program ini bagi mata pelajaran he 2021 latihan ilmiah bagi semester 7 ukmaku punya web

Share:

Monday, October 15, 2012

Kelantan bentang bajet lebihan RM45.8 juta

KOTA BHARU: Kelantan membentang anggaran Bajet 2013 dengan lebihan sebanyak RM45.83 juta ketika Belanjawan 2013 kerajaan pusat defisit 16 tahun berturut-turut.



Sedangkan pada belanjawan 2012 dianggarkan mencatat defisit sebanyak RM83.23 juta. Ini bermakna berlaku kenaikan hasil sebanyak 35.21 peratus.



Buat pertama kali juga pendapatan daripada hasil royalti petroleum sebanyak RM200 juta dimasukkan dalam bajet bertema Bajet Negeri berkebajikan.


Share:

Bajet 2013





Intipati Bajet 2013 tadi. Berikut adalah ulangan Intipati Bajet 2013 secara betulis yang telah disampaikan perdana mentaeri Malaysia di parlimen beberapa jam tadi.

1. Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus. * KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

2. Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

Share:

Definition List

get this widget here

Unordered List

Sembang