Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ........ ~al-qhazali~

Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Wednesday, November 2, 2016

JAWAPAN TTG RUU355

June 1, 2016
Menjawab 10 Salah Faham Mengenai Pindaan RUU Akta 355

asyraf wajdi

Berikut adalah jawapan saya dalam sesi Dialog dan Soal Jawab dengan pemimpin-pemimpin Bukan Islam khususnya MCA dan GERAKAN Kelantan di Kota Bharu petang semalam:

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

Jawapan:

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

Jawapan:

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

Jawapan:

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

Jawapan:

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

Jawapan:

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

Jawapan:

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

Jawapan:

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi
(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Jawapan:

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Jawapan:

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

Jawapan:

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian.

Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Hal Ehwal Agama)

Share:

Tuesday, November 1, 2016

BAJET 2017 N KELANTAN

KEBERKATAN

Allah berfirman:-

‎ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ۚ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ

Maksudnya: "Mereka ditimpakan kehinaan di mana sahaja mereka berada,kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya hubungan dengan manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah dan mereka ditimpakan kemiskinan. Yang demikian itu,disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa melampaui (hukum-hukum Allah)." (Surah Al Imran : 112)

Keberkatan sesebuah Kerajaan bergantung kepada sejauh mana Kerajaan itu menjaga agama dengan menjaga hubungan dengan Allah(Hablun Minallah) dan hubungan dengan rakyat (Hablun Minannas).

Untuk tujuan menjaga agama,Kerajaan Negeri memperuntukkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) sebanyak RM 44.06 juta iaitu RM36.95 juta sebagai perbelanjaan mengurus dan sebanyak RM7.11 juta untuk melaksanakan pelbagai program keagamaan antaranya Ihya Ramadhan di peringkat Negeri dan Jajahan yang diperuntukkan sebanyak RM750 ribu, Tahfiz Al-Quran sebanyak RM150 ribu, perayaan Agama Islam atau Hijratul Rasul RM110 ribu, Ujian Tilawah Al-Quran RM200 ribu, Pembangunan Islam Jajahan RM150 ribu, Program Hududullah RM100 ribu, Kecemerlangan Solat RM800 ribu, Program Majlis Bersama Ulama' / Guru Pondok / Ketua Madrasah berjumlah RM200 ribu. Kelas Tafaqquh Fiddin RM90 ribu dan Kelas Tarannum Al-Quran RM50 ribu. Kerajaan juga akan terus menyediakan peruntukan sebanyak RM850 ribu untuk Program-Program Kursus Pembangunan Keluarga, Seminar dan Kursus Pra-Perkahwinan.

Kerajaan Negeri juga telah menyedia peruntukan sejumlah RM7.0 juta di bawah Pejabat Pembangunan Negeri bagi projek pembinaan dan pembaikian Masjid-Masjid seluruh negeri termasuk Pembinaan Masjid Keputeraan. Kerajaan Negeri juga masih mengekalkan sumbangan tahunan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istilah Melayu Kelantan sebanyak RM1.0 juta.

Kerajaan Negeri dalam menyatakan komitmen terhadap pentadbiran syariah di negeri ini terus memperuntukkan RM1.0 juta kepada Prasarana Material Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II dan sebanyak RM1.3 juta kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan, iaitu sebuah jabatan yang baharu yang diasingkan daripada JAHEAIK. Ia merupakan usaha pertama yang dilaksanakan seumpama ini di Malaysia dan Insya-Allah selepas daripada ini bakal menyaksikan pula pengasingan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah daripada JAHEAIK untuk menjadi satu lagi Jabatan baharu yang berasingan. Ini membuktikan bahawa prasarana dan perancangan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan perundangan syariah di negeri ini bukanlah satu retorik atau momokan kosong.

-Ucapan bajet  YAB Ustaz Dato' Menteri Besar Kelantan -

Share:

Monday, October 31, 2016

Terdesak naikan harga minyak

Kenyataan Media Penerangan. 112

*KERAJAAN TIDAK WAJAR NAIKKAN HARGA PETROL, DIESEL*

_Oleh : Nasrudin bin Hassan_
_Ketua Penerangan PAS Malaysia_

1. Berkuatkuasa pada hari ini, harga runcit bagi RON95, RON97 dan Diesel dinaikkan sebanyak 15 sen menjadikan masing-masing dijual kepada pengguna pada harga RM1.95, RM2.30 dan RM2.00 per liter.

2. Kenaikan ini adalah amat tidak patut pada masa pengguna di negara ini sedang terbeban dengan kenaikan kos sara hidup dan rakyat juga sedang membuat penyesuaian pasca pengumuman Bajet 2017 yang tidak banyak menyebelahi mereka. Tambah pula, kenaikan harga bahan api ini akan memberikan kesan berantai kepada peningkatan harga barangan lain yang dijual dalam pasaran. Selepas kenaikan harga minyak ini, dijangka harga minyak masak dan kadar tol pula akan dinaikkan dalam masa terdekat.

3. Rakyat berhadapan dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar, kesan daripada kenaikan kos sara hidup setelah pelaksanaan GST dan penurunan subsidi terhadap barangan keperluan. Ini ditambah pula dengan peluang pekerjaan yang terhad, menyebabkan tabungan rakyat semakin menipis.

4. Kerajaan dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi cabaran ekonomi kini iaitu dengan menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi. BR1M dan pelbagai pemberian lain hanyalah bersifat 'ubat sementara', dan seumpama memberi ikan bukannya kail kepada golongan yang memerlukan.

5. Tidak cukup dengan itu, rakyat perlu membayar lebih untuk meneruskan kehidupan, kesan subsidi yang dikurangkan. Setiap hari duit belanja rakyat dicatu, berbeza dengan para menteri yang ada elaun untuk menampungnya.

6. Harga baru ini juga tidak bertepatan dengan harga semasa minyak mentah global yang berada pada purata harga AS$43.93 setong setakat ini dan bagi keseluruhan tahun 2016 ia diunjurkan berada pada purata harga AS$44.78 setong; dianggap masih rendah kerana berada di bawah paras AS$50 setong.

7. Bahkan, harga bahan api ini meneruskan kejatuhannya hari ini selepas pengeluar bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak menyatakan sebarang komitmen untuk menyertai usaha mengehadkan paras output bagi meningkatkan harga bahan api itu. Jadi, mengapa Kerajaan masih menaikkan harga runcit bahan api ini?

8. Kerajaan sepatutnya menetapkan harga siling bagi harga runcit petrol dan Kerajaan mesti menampung lebihan kos daripada harga siling tersebut dengan subsidi. Ini kerana penentuan harga petrol berdasarkan sistem apungan terkawal sentiasa mendedahkan rakyat kepada kenaikkan harga petrol secara berterusan.

9. Sementara itu, kerajaan wajar mengkajisemula formula penentuan harga petrol dan diesel, dengan mengambil kira aspek perubahan harga minyak global, rizab penampan negara dan kadar inflasi tempatan sebagai faktor penentu.

10. Sewajarnya, dalam keadaan rakyat terpaksa berjimat, kerajaan perlu lebih berhemat. Selain dikaji saiz kabinet yang terlalu besar, setiap Menteri boleh menunjukkan teladan dengan pemotongan 20% gaji bulanan, serta memulangkan elaun minyak, tol, percutian, dan keraian, supaya mereka dapat merasai bebanan golongan bawahan.

11. Penjimatan daripada 'perbelanjaan protokol' menteri, projek mewah yang kurang memberi impak kepada rakyat terbanyak serta cegahkawal sepanjang masa terhadap ketirisan dan penyalahgunaan dana negara boleh  dijadikan sebahagian daripada mekanisma untuk menampung kenaikan kos sara hidup rakyat.

_Inilah Penyelesaian Kita_

Sekian.

Share:

Wednesday, December 10, 2014

BERMODALKAN TANAH APAKAH HASILNYA,JIKA....

Perjalanan hidup dan pengalaman yang lalu akan memberi contoh panduan hidup di masa akan datang. Ranjau yang dilalui sama ada manis atau pahid,ianya harus dilalui. Namun pengalaman lalu akan mematangkan lagi rantau kehidupan masa kini,miskipun begitu ianya bukan bersifat kekal.itulah yang perlu ditanam dalam hati kerana pengalaman hidup yang susah akan mematangkan perkiraan kita di mana ini.oleh itu seblum berlalu kita telah pun merasai sesuatu akan berlaku sekiranya kita melakukan perbuatan demikian...bagaimana pula pengalaman yang belum dilalui seperti situasi akhirat yang kekal abadi. Bagaiaman pun Allah telah memberi tahu pengalaman tersebut dalam cerita di dalam al-Quran.sudahkah kita mengambil tahu atau kita  buat-buat tak tahu sahaja.
Alangkah benarnya perkiraan yang kita buat masa kini,begitu jugalah benar perkiraan allah di masa akan datang.kita yakin 2 x 2 =4. Apakah kita tidak mengerti lagi persoalan yang diberitahu oleh Allah itu. Persoalannya sudah kita melakukan sesuatu anjakan perkiraan kita terhadap hari esok ,yakni hari akhirat.?
Ayoh ! Bersama kita, jangan jadi kegagalan untuk  hari akhirat nanti naman perkiraannya adalah bermula kita berada di dunia ini.
Mari kita sama sama mempertingkatkan plan dan strategi dan amal kita bagi bekalan hari esok.
Ayoh,,,,
Pen  wan

Share:

Tuesday, December 2, 2014

KULIAH MAGHRIB TAJUK HIDAYAH

2 DISEMBER 2014. Kuliah maghrib dimulakan dengan bacaan surah al-fatihah untuk pembukaan kitab karangan syeikh abdul  qadir almandili,pengarang kitab penawar bagi hati.

Share:

Sunday, October 12, 2014

MAKAN GAJI ATAU KERJA SENDIRI?

Persoalan yang kerap berlegar di minda setiap graduan. Antara makan gaji vs kerja sendiri yang mana satu harus dipilih? Jawapannya amat bergantung pada apa wang diingini kerana setiap pilihan mempunyai pro dan kontra. Ya, ramai yang memilih kerja berdasarkan minat dan kelayakan mereka. Kita diberi pilihan dan setiap orang berhak untuk memilih sesuatu untuk kebaikan dirinya untuk jangka masa panjang.
Bermula dengan kerja makan gaji, maksudnya bekerja di bawah orang lain sama ada dalam sektor awam atau swasta. Sektor awam seperti jabatan-jabatan di bawah naungan kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri, sekolah rendah, sekolah kebangsaan, universiti dan sebagainya. Sektor swasta pula contohnya bekerja di syarikat-syarikat Berhad, Sendirian Berhad atau Enterprise. Makan gaji bererti bekerja untuk majikan di mana majikan akan memberikan upah yang tetap pada setiap hujung bulan. Si pekerja pula tahu bagaimana untuk meneruskan kehidupan dengan upah yang diberikan. Faktor kecemasan dan kemalangan mungkin tidak akan menggugat situasi si pekerja kerana ia dijamin oleh majikan tetapi bagi mereka yang bernama majikan, mereka perlu mencari jalan untuk membayar upah kepada pekerja mereka.
Share:

Wednesday, July 9, 2014

Puasa ramadhan

Share:

Friday, March 14, 2014

BAGAIMANA KHUSYUK DALAM SOLAT?

Assalamualaikum...
Di dalam kitab bulughul maram muka surat 65.menyatakan bab khusyuk dalam solat. Di sini penulis ringkaskan isi penting di dalam kitab tersebut;
1. Makna khusyuk ialah merendah hati dan tunduk dihadapan Allah.
2. Terlebih dahulu bila ada makanan hendaklah makan dahulu.
3. Solat maksud berdoa dan berbisik dengan Allah.
4. Hendari daripada gambar gambar dihadapan solat.
5. Hendari ketika hendak berkentuk dan kencing.
6. Apabila menguwap hendaklah tutup muluk dengan tapak tangan.

Manakala di dalam kitab tasauf pula karangan imam al-ghazali
Maksud rendah diri dihadapan Allah ialah
1. Dapat membezakan yang mana merosakkan amal dan merugikan amal.
2. Ikhlas- menyebabkan banyak pahala dan jika sebaliknya maka rugilah seseorang itu.
3.Allah akan menjawab setiap tagihan hamba Nya yang beramal:
              "Apakah tidak diperluaskan bagimu kedudukan di dalam majlis, apakah kamu tidak dijadikan sebagai pemimpin di dunia, apakah tidak ada keringanan harga untukmu. Apakah kamu tidak mendapat penghormatian?
Jika yang dimaksudkan itu adalah orang-orang yang beramal.maka cukuplah itu sebagai pahala buat mereka. Itulah bahaya dan mudharat yang timbul akibat beribadat tanpa berlandaskan ikhlas.
              'Adapun riak mempunyaio dua noda dan musibah
       1. Noda rahsia.....malaikat akan membawa amalan tersebut dalam keadaan yang gembira akan tetapi Allah berfirman :lemparkan amalnya ke neraka sijjin kerana dia beramal tidak dengan lillah.
       2. Pada hari qiamat allah mencemar dan menghina namanya di dahapan semua makhluk.
           Orang yang bersifat riak, akan dihari qiamat nanti akan dipanggil dengan empat julukan.
Kemarilah hai kafir, silakan ke mari hari penjahat, ke sini hai pengkhianat dan ke sini engkau hai orang yang rugi.
Amalmu adalah sesat , pahala kamu batal dan tiada bahagian untukmu pada saat ini, sekarang mintalah pahala kepada orang yang membuat kamu riak.

Maksud riak di sini ialah
1. Kikir ialah mereka tidak mahu mengucap banyak kalimah la ilahaillah.
2.akan jatuh kufur lambat laun akan mendapat kehilangan iman. Minta berlindung daripada sedemikian

Share:

Wednesday, January 15, 2014

MENGAPA ANAK NABI M DI MATI AWAL?

Sebab Semua Putra Nabi Diwafatkan Masih Kecil
9 Juli 2012 pukul 5:08
Sebelumnya marilah kita mengenal terlebih dahulu semua anak-anak Nabi
Muhammad saw. yang berjumlah tujuh orang. Sebagaimana yang disebutkan
dalam kitab Tarikh al-Hawadits wa-l-Ahwal an-Nabawiyyah karya as-Sayyid
Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani, putra-putri Rasulullah saw. adalah
sebagai berikut.
Putra-Putri Nabi Muhammad saw.
Al-Qasim, seorang laki-laki, anak pertama Rasulullah saw. yang dilahirkan dan
meninggal sebelum masuk masa kenabian (masa mulai turunnya wahyu kepada
Nabi Muhammad saw.), ketika meninggal ia masih berusia dua tahun.
Abdullah, putra Nabi saw. yang disebut juga at-Thayyib dan at-Thahir, ada
pula yang berpendapat bahwa nama lainnya adalah at-Thayyib bukan at-
Thahir. Mengenai kelahirannya ada yang berpendapat bahwa ia lahir ketika
telah masuk masa kenabian, tetapi ada pula yang mengatakan kalau ia tak
pernah menemui masa kenabian.
Zainab, anak perempuan Rasulullah saw. yang tertua. Melahirkan anak yang
bernama ‘Aliy dan Yahya yang keduanya meninggal waktu masih kecil.
Ruqayyah, putri Rasulullah saw. yang diperistri oleh Utsman bin Affan. Beliau
melahirkan seorang anak yang bernama Abdullah. Putri Rasulullah saw. ini
wafat pada hari ketika Zaid bin Haritsah menyampaikan berita gembira tentang
kemenangan kaum muslimin dalam pertempuran Badar.
Ummu Kultsum, putri Nabi saw. yang dinikahi Utsman bin Affan setelah
saudarinya (Ruqayyah) wafat. Ummu Kultsum wafat pada bulan Sya’ban tahun 9
Hijriyah tanpa memiliki anak.
Fathimah (Fatimah), putri Nabi saw. yang diperistri oleh ‘Ali bin Abi Thalib.
Beliau melahirkan anak yang bernama Hasan, Husain, Muhsin, Ruqayyah,
Zainab dan Ummu Kultsum. Adapun Muhsin dan Ummu Kultsum meninggal waktu
masih kecil.
Ibrahim, putra Rasulullah yang meninggal saat berumur tujuh puluh malam,
ada pula yang mengatakan saat berusia tujuh bulan dan yang lain berpendapat
berumur delapan bulan.
Putra-putri Nabi Muhammad saw. yang bernama al-Qasim, Abdullah, Zainab,
Ruqayyah, Ummu Kultsum dan Fatimah dilahirkan di Makkah oleh istri Nabi saw.
yang pertama, yaitu Khadijah r.a. Semua putri Rasulullah saw. pernah
mengalami masa kenabian, masuk Islam dan turut berhijrah ke Madinah.
Adapun Ibrahim dilahirkan di Madinah oleh istri Nabi saw. yang bernama Maria
al-Qibthiyyah (orang Mesir).
Semua anak-anak Nabi saw. meninggal saat beliau masih hidup, kecuali
Fathimah yang wafat paling akhir, yakni tujuh bulan setelah wafatnya
Rasulullah saw.
Mengapa Semua Putra Nabi Diwafatkan Masih Kecil?
Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, putra-putra Rasulullah saw. (al-
Qasim, Abdullah dan Ibrahim) semuanya meninggal ketika masih kecil, sehingga
keturunan Rasulullah saw. diteruskan lewat anak perempuan beliau. Mengapa
bukan dari anak laki-lakinya dan mengapa pula mereka diwafatkan sewaktu
masih kecil?
Ini karena Nabi Muhammad saw. telah ditetapkan sebagai nabi terakhir
sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT. dalam al-Qur’an Surah al-Ahzab
ayat 40 yang artinya:
“…tetapi dia adalah Rasul Allah dan penutup para Nabi. Dan adalah Allah Maha
Mengetahui segala sesuatu.”
oleh karena itu seandainya putra-putra beliau tumbuh dewasa, maka mereka
hanya akan menjadi orang biasa dan tidak akan mungkin menjadi nabi,
padahal nabi-nabi yang lain mempunyai putra-putra yang juga menjadi nabi
(seperti Nabi Ibrahim yang punya anak Nabi Ismail dan Nabi Ishaq; Nabi Ya’qub
punya anak Nabi Yusuf; Nabi Daud punya anak Nabi Sulaiman), untuk itulah
Allah mewafatkan putra-putra Rasulullah saw. agar kehormatan dan
keutamaan beliau sebagai Pemimpin/Penghulu Para Nabi dan Rasul (Sayyidul
Anbiya’ wal Mursalin) tetap terjaga. Walhasil, keturunan Rasulullah saw.
diteruskan oleh anak perempuan beliau, karena orang perempuan tidak pernah

Share:

Friday, January 10, 2014

Hindari Memahami Ayat-ayat Mutasyabihat Dalam Makna Zahirnya (Mewaspadai Ajaran Sesat Wahabi)

Hindari Memahami Ayat-ayat Mutasyabihat Dalam Makna Zahirnya (Mewaspadai Ajaran Sesat Wahabi)


Untuk memahami tema ini sebagaimana mestinya, harus diketahui terlebih dahulu bahwa di dalam al Qur'an terdapat ayat-ayat muhkamat dan ayat-ayat mutasyabihat. Allah ta'ala berfirman :

 ] هُوَ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ ءَايَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَـأَمَّا الَّذِيْنَ فِي قُلُوْبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُوْنَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِـغَاءَ الْفِـتْنَةِ وَابْتِـغَاءَ تَأْوِيْلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْـلَهُ إِلاَّ اللهُ وَالرَّاسِخُوْنَ فِي الْعِلْمِ يَقُوْلُوْنَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُوْا اْلأَلْبَابِ [   (ءال عمران : 7)

Maknanya : "Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Qur'an) kepada Muhammad. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat muhkamat, itulah Umm Al Qur'an (yang dikembalikan dan disesuaikan pemaknaan ayat-ayat al Qur'an dengannya) dan yang lain ayat-ayat mutasyabihat. Adapun orang-orang  yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya sesuai dengan hawa nafsunya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (seperti saat tibanya kiamat)  melainkan Allah serta orang-orang yang mendalam ilmunya mengatakan : "kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu berasal dari Tuhan kami". Dan tidak dapat mengambil pelajaran darinya kecuali orang-orang yang berakal"    (Q.S. Al Imran : 7)

Share:

Saturday, October 19, 2013

KENAL SIFAT HURUF ALQURAN

Mari belajar mengenal sifat sifat huruf hijaiyyah.huruf alquran ada 28 huruf.kesemua huruf tersebut memiliki sifatnya tertentu.sifatnya terbahagi kepada dua bahagian,sifat yang berlawanan dan sifat tidak.berlawanan.lima sifat yang berlawan manakala tujuh sifat yang tidak berlawanan.marj.kita lihat.
Sifat jahr.        Lawan.        Hamas
Sifat syiddah.   Lawan.        Rakhawah
Sifat isti"laq.   Lawan.        istifal
Sifat infitah.   Lawan.      Iqbatq
Sifat ismat.  ....lawan.     izlaq

Share:

Friday, August 9, 2013

SENYUMAN DALAM HIBA

           Menjelang satu syawal merupakan satu kemenangan buat umat Islam kerana dapat menyempurnakan ibadat puasa dengan jayanya. Ramai warga perantau mengambil peluang untuk bersama dengan sanak keluarga di kampung masing masing. Itu hasrat yang berselimut setiap individu ingin bersama dengan keluarga dan bergembira di suasana hari raya.namun belainan dengan kami sekeluarga di sarawak.

         Pagi raya laungan takbir mengamit sanubari amat syahdu dan penuh kegembiraan.bila takbir Tiada kedengaranlagi  kami sepi tanpa tetamu........makanan penuh meja hanya anak anak yang makan.jiran sebelah semuanya engtah kemana...aku cuba kehilir dan kehulu tiada jiran di rumah.mereka kemana pagi syawal?
kebiasaan mereka akan pergi menziarahi kubur ayahbonda.

           Hari raya sepatuknya bergembira tetapi mengapakah mereka suka pergi kekubur pagi raya sedangkan ziarah kubur ini tiada ada masa

          Mujurlah aku ada bapak angkat di padi rimba.pagi tu aku merancangan untuk ke sana bersama keluarga....barhlah hatiaku tenang dan riang....

Share:

Tuesday, August 6, 2013

SIMBOLIK TAKBIR RAYA

Lafaz takbir raya adalah satu kesinambungan kejayaan yang telah berlaku ketika rasulullah dikepungoleh sekumpulan tentera ahZab...dipenghujung ramadhan. Kaum muslimin pada ketika itu mengalami kesulitan derita kekurangan makanan dan puasa dlam situasi yang makan ala kadar apa yang ada sahaja.
       Tentera ahzab bersiap siaga untuk melancarkan perang habis habisan terhadap rasulullah. Namun kaum muslimin dibantu oleh Allah dengan mendatangkan ketakutan kepada kaum kuffar dan ditandangi angin kencang menyebabkan mereka berubah arah matlamat untuk balim semula ke mekkah dalam keadaan hampa.
         Allah membantu dan memberikan kemenanga kepada kaum muslim walaupun jumlah kaum musuh adalah sepuluh ribu orang sedangkan kaum muslim yang ada di Madinah adalah tidak sampai sepuluh ribu, itu pun dicampurkan dengan kanak kanak dan orang wanita.
         Sekiranya kaum kuffar menyerang orang muslimin pada ketika itu sudah tentu kaum muslmin akan habis dibunuh oleh kuffar namun atas dasar petolonga Allah maka kemenanga itu memihak kepada kaum muslimin....maka dengan itu, kita sebut wanasa abdah wanasora abdah wa aaizahu jundahu wa hasama abdah......itu semua adalah megenangkan kemenangan kaum muslimin madinah tanpa pertumpahan darah.....
       Dengan itu..sebutlah takbir di malam raya sepunh denga keimanan agar mengenang pertolonga  Allah kpada kaum muslim
Sesiapa yang melakukan kebaikkan sudah tentulah Allah akan menolongnya.....ingatlah Allah waktu senang insyallah Allah memberi pertolonga waktu kita kesusahan...
  Allahu akbar......Allahu akbar.....

Share:

Sunday, August 4, 2013

MALAM 27 RAMADHAN

Ramadhan akan melabuhka tirainya, didalamnya terdapat satu malam ketentuan yang luar biasa. Kata ibnu abbas r.a malam ke dua.puluh tujuh ialah berlakunya ketentuan ilahi kepara hambanya.barang sesiapa beribadat pada malamnya akan mendapat pahala seumpama seribu bulan bersamaan 83 tahun beribadat. Apabila berlaku malam ketentuan ini apa yang perlu kita lakukan. Saidina aisyah bertanya kepada rasulullah, sekira saya mengetahuai malam ini adalah malam ketentuan maka apakah perlu aku minta denganAllah? Jawab rasulullah saw. Hendaklah berdoa keampunan dan kemaafan segala dosa.
Barang sesiapa yang beribadat sedangkan dia beriman dengan keyakinan maka Allah menghapuskan segala dosanya seumpama bayi baru lahir tiada dosa...........

Share:

Sunday, July 28, 2013

Kemas kini kitab faridah

Erti iktikaf yg puts yakin sepenuh

Share:

Friday, June 14, 2013

MENDENGAR,MEMAHAMI NASIHAT AGAMA

Setiap hari program ceramah kuliah agama berlansung di masjid sukma kuching sarawak. dikalangan pendengar adalah mereka yang pencing dan Veteren

Share:

Thursday, June 13, 2013

LALUAN IMIGRESEN DUNIA SEBELUM BERLWPAS

sementara menunggu pasport aku siap,sukanya aku di sini menaip apa yg dapat aku rasakan pada waktu ini.berpusu pusu warga malaysia dtng ke jabatan imigresen kuching sarawak.bg tujuan posport perjalanan ke distinasi yg jauh. nak keluar negara memerlukan pas atau surat pwrjalanan.bagaimananya

pula perjalanan hidup ke mati.sudahkah manusia bersedia pasport untuk berangkat ke alam barzakh.?pasport dah buat ke?sekira belum lagi pergilah mendapatkan pasport di kaunter masjid.ucaplah kalimag lailahaillah.....dan tunaikan sueuhan allah..insyalllah dengan persiapan solat dan kelengkapan lain .kamu dapat menembusi imigresen alam barzakh.amin..wallahuaalm
Share:

Saturday, June 8, 2013

israj dalam kalbu

ceramah top dedengan telinga mendengar ttg israj dan mekraj disampaikan oleh ustaz mohamad ismail.

Share:

Thursday, May 16, 2013

Wang mudah,cepatdan berkat

Tiada wang tapi emas ada .cari jalan direstui islam dengan sistem arrahnu.

Share:

Thursday, October 25, 2012

keutamaan bulan zulhijjah


Bulan Zulhijjah menghampiri kita. Pada sepuluh hari pertamanya terdapat banyak kemuliaan dan keutamaan. Hari-hari tersebut disediakan oleh Allah sebagai musim ketaatan dan kesempatan beramal soleh. Maka seorang Muslim wajarlah ia memperhatikan hikmah yang terkandung dalam bulan tersebut, memanfaatkan
dengan melaksanakan pelbagai ibadah yang disyariatkan, menjaga perkataan dan amal yang soleh agar hatinya menjadi dekat kepada Allah Taala di mana hal tersebut dapat membantunya dalam menghadapi kehidupan ini dengan jiwa besar dan semangat yang berkobar. 10 hari pertama di bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang sangat mulia dan penuh barakah. Bukti kemuliaan ini, Allah Taala bersumpah dengannya dalam Al Quran Al Karim, "Demi fajar, dan malam yang sepuluh" Al Fajr:1-2
Share:

Definition List

get this widget here

Unordered List

Sembang