Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ........ ~al-qhazali~

Friday, January 30, 2015

Sabar bila musibah melanda

Pada 21 Disember 2015,aku bersama isteri pulang ke kuarters di sk kampong karangan, pada sebelah malam kami sampai dengan mudah memasuki jalan ke sana,namun setelah masuk pok gak telah memberitahu bahawa jalan keluar telah dipenuhi air.laluan kereta tidak boleh lalu.
        bermula saat itulah,kami terkurung tidak keluar.air semakin naik dan sampai ke paras yang membahayakan.tingkat satu sehingga ke tingkat dua dan tiga. air memenuhi ruang bilik bawah.
aku ingat  sepatah ayat yang berbunyi dalam surah al baqarah ayat 155.
ولنبلونكم بشئ من الخوف والجوع ونقص من الاموال والانفس والثمرات وبشر الصابرين.
maksudnya:

kami mendatangkan kepada kamu dengan bala daripada ketakutan,kelaparan,kekurangan harta benda jiwa dan buah buahan. maka sampaikan berita gembira bagi orang yang sabar.

Share:

Wednesday, December 10, 2014

BERMODALKAN TANAH APAKAH HASILNYA,JIKA....

Perjalanan hidup dan pengalaman yang lalu akan memberi contoh panduan hidup di masa akan datang. Ranjau yang dilalui sama ada manis atau pahid,ianya harus dilalui. Namun pengalaman lalu akan mematangkan lagi rantau kehidupan masa kini,miskipun begitu ianya bukan bersifat kekal.itulah yang perlu ditanam dalam hati kerana pengalaman hidup yang susah akan mematangkan perkiraan kita di mana ini.oleh itu seblum berlalu kita telah pun merasai sesuatu akan berlaku sekiranya kita melakukan perbuatan demikian...bagaimana pula pengalaman yang belum dilalui seperti situasi akhirat yang kekal abadi. Bagaiaman pun Allah telah memberi tahu pengalaman tersebut dalam cerita di dalam al-Quran.sudahkah kita mengambil tahu atau kita  buat-buat tak tahu sahaja.
Alangkah benarnya perkiraan yang kita buat masa kini,begitu jugalah benar perkiraan allah di masa akan datang.kita yakin 2 x 2 =4. Apakah kita tidak mengerti lagi persoalan yang diberitahu oleh Allah itu. Persoalannya sudah kita melakukan sesuatu anjakan perkiraan kita terhadap hari esok ,yakni hari akhirat.?
Ayoh ! Bersama kita, jangan jadi kegagalan untuk  hari akhirat nanti naman perkiraannya adalah bermula kita berada di dunia ini.
Mari kita sama sama mempertingkatkan plan dan strategi dan amal kita bagi bekalan hari esok.
Ayoh,,,,
Pen  wan

Share:

Tuesday, December 2, 2014

KULIAH MAGHRIB TAJUK HIDAYAH

2 DISEMBER 2014. Kuliah maghrib dimulakan dengan bacaan surah al-fatihah untuk pembukaan kitab karangan syeikh abdul  qadir almandili,pengarang kitab penawar bagi hati.

Share:

Tuesday, November 25, 2014

KENAL PASTI SKIM CEPAT KAYA

6 Cara Kenalpasti
Skim Cepat Kaya

Nov 25, 2014 wardah

Awal-awal lagi saya dah cakap, YSLM tu
skim cepat kaya diasaskan oleh conman dari
China. Ada saya tulis dalam blog ini dan blog
saya yang lain. Malah, macai YSLM ada juga
yang gigih mempertahankan YSLM. Saya nak
juga tengok muka macai YSLM ni, nak tengok
reaksi dia lepas YSLM kena serbu dengan
KPDNKK.
Memandangkan skim cepat kaya ni datang
dalam pelbagai bentuk, menjadikan ramai
dari kita yang secara tak sedar terperangkap
dalam skim cepat kaya. Rata-rata yang
terlebur dalam skim cepat kaya sebenarnya
bukan orang bodoh-bodoh, malah kakitangan
kerajaan, cikgu, malah doktor pun ada.
Kerana apa? Kerana ia datang dalam
pelbagai bentuk. Ibarat jin, ia boleh menjelma
dalam pelbagai bentuk. Ada yang berupa
ular, ayam, meja, batu dan seumpamanya.
Begitu juga dengan skim cepat kaya. Ada
yang datang dalam bentuk pelaburan forex,
pelaburan CFO, pelaburan saham, bisnes
ebook, log in Facebook dapat RM 100, Infinity
Downline, bisnes dapat diskaun 50% kepada
ahli, bisnes iklan seperti Worldshopperslink,
bisnes labur RM 1 dapat RM 1000, bisnes
pelaburan ternak ikan dapat 20% pulangan
setiap bulan dan macam-macam lagi.
Jadi kat sini, kadang-kadang, ramai yang
tertipu dengan sesuatu yang nampak macam
bisnes tapi hakikatnya bukan bisnes. So
macam mana nak kenal pasti SKIM CEPAT
KAYA?

Tip mudahnya begini,
1. Perkara paling penting sebelum
melabur ialah, jangan fikir untung dan
jangan terlalu mengharap. Apabila
pelaburan itu bunyinya SOUND TOO
GOOD TO BE TRUE, anda kena
berwaspada. Fikir dulu. Anda boleh
dengar penerangan orang, tapi jangan
percaya lagi. Dengar, boleh. Percaya,
jangan. Apa itu sound too good to be
true? Ia begini. Tukang kempen akan
promosi tentang keuntungan tanpa had,
tiap-tiap bulan dapat income tanpa
perlu kerja keras pun. Anda cuma kena
register dan bayar sejumlah wang
tertentu, kemudian tiap-tiap bulan akan
dapat income. Direct terus masuk ke
akaun anda. Income tu pulak, lagi
banyak dari ASB, Tabung Haji, ASN dan
lain-lain. Memang untung sangat
melabur dengan mereka tu, dan bisnes
mereka ni besar gedabak kalah PNB
punya asset.
1. So, anda kena fikir dahulu bila
bunyi benda-benda hebat sampai
tahap gaban begitu. Kenapa?
Logik ke? Kenapa bisnes hebat
macam tu tak keluar berita pun?
Kenapa tak pernah dengar pun
sebelum ni? Mana penyata
kewangan dia? Boleh tengok
penyata kewangan 5 tahun
berturut-turut? Kenapa banyak
sangat income? Kenapa baik
sangat nak bagi income banyak?
Kalau syarikat baru, kan syarikat
perlu modal untuk rolling money
untuk terus expand bisnes? Bila
bagi duit pulangan banyak
sangat pada pelabur, company
nak guna duit macam mana? —-
Fikir kenapa, kenapa, kenapa?
Anda kan ada otak. Jangan
mudah percaya.
2. Ada saham-saham yang
diberikan. Atau boleh jadi token.
Harga token naik dan, samada
saham atau token, ia boleh
ditukar kepada duit. Tetapi,
harga saham atau token hanya
boleh dijual kepada ahli baru dan
saham tersebut tidak sah dijual
dipasaran terbuka.
2. Syarikat masih baru dan gigih cari
pelabur. Jika syarikat tu masih baru
dan gigih duk promosi cari orang untuk
melabur. Percayalah yang syarikat tu
takkan ke mana. Ia bukan bisnesman
sebaliknya peminta sedekah tapi minta
sedekah dengan cara skim cepat kaya.
Bisnes begitu akan berkubur. Kau nak
berniaga, pepandai la cari duit sendiri.
Ini tidak, sibuk gebang satu Malaysia
minta pelabur untuk mula bisnes.
Orang lain buat bisnes modal pinjam
dengan bank, pinjam dengan keluarga,
malah ada yang berniaga tanpa modal
pun (dropship contohnya). Anda boleh
lihat contoh-contoh bisnesman yang
berjaya. Kau ingat, tokey Terlajak Laris
tu ada buat promosi satu Malaysia
untuk cari pelabur? Tak! Dia pinjam
dengan ahli keluarga kemudian bank.
3. Mereka selalunya akan buat seminar
jutawan di seluruh pelusuk negara.
Dari satu hotel ke hotel lain. Ini
menggambarkan seolah mantapnya
bisnes mereka dan kesibukan pekerja
mereka dalam mencari pelebur. Duk
gigih buat seminar jutawan serata
Malaysia tu kenapa? Kalau asyik buat
seminar, bila masa korang berniaga?
4. Income tanpa henti tiap-tiap bulan –
Bunyinya best kan? Ibarat sewa rumah
dan dapat duit tiap-tiap bulan tanpa
perlu buat maintenance pun. Tahukah
anda, yang jaminan keuntungan dalam
perniagaan ialah haram dalam Islam?
Dan lagi, memandangkan kebanyakan
skim cepat kaya ni syarikat baru, dia
boleh jamin ke syarikat baru dia tu
akan gerenti untung? Heheh
5. Join cepat, jadi yang terawal dan
dapat BWM! Ini memang taktik kuno
orang skim cepat kaya. Memang
senang nak dapat beli BMW bila kerja
asyik tipu orang je. Lepas satu skim
kau bungkus, kau buat skim lain pula.
Hari ni Dana Ikan Keli, tiga empat
bulan lagi Dana Ternak Lembu Korban
Gerenti Pulangan 30% setiap bulan.
6. Apa produk yang dijual? Kebanyakan
skim cepat kaya ni tak ada produk
yang dijual. Kebiasannya ada pakej-
pakej tertentu. Contohnya pakej paling
cikai ialah Pakej Perak yang kena
register RM 1000. Pakej Diamond pula
kena register RM 20,000. Pakej tu ada
apa? Ada jual coklat ke, ikan ke? Tak
ada. Pakej tu tak ada apa-apa pun.
Servis tak ada, produk tak ada. Apa
yang ada? Apa yang nak ada, itu kan
skim cepat kaya!
Itu sahaja dahulu tip ringkat cara nak kenal
pasti skim cepat kaya. Harap anda semua
tak terjerumus dalam skim sebegitu. Semoga
kita semua diberkatinya.

Share:

Monday, November 10, 2014

Share:

Definition List

get this widget here

Unordered List

Sembang