Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ........ ~al-qhazali~

Saturday, November 3, 2012

hayati surah al-fatihah

Dalam Tafsir Pimpinan ar-Rahman menyebut tujuh dasar yang terkandung dalam surah al-Fatihah yang elok untuk kita fahami iaitu:

Pertama: Menetapkan wujudnya Allah SWT pada ayat ‘alhamdulillahi rabbil alamiin’ (segala puji bagi Allah, Tuhan yang mencipta, memiliki dan mentadbir sekalian alam).

Kedua: Menyebut kesimpulan sifat kebesaran (al-Jalaal) dan sifat kesempurnaan (al-kamal) yang terkandung dalam ayat ‘ar-Rahmanir Rahim’ (yang Maha Merahmati lagi Maha Mengasihani).

Ketiga: Menyatakan ada Hari Kiamat yang padanya kelak akan menerima balasan amal. Justeru, manusia tidak harus menumpukan usaha mencari nikmat hidup dunia dan kelazatannya semata-mata. Kenyataan itu pada ayat ‘Maliki Yaumiddin’ (yang menguasai pemerintahan hari pembalasan).

Keempat: Menerangkan tugas manusia yang kerananya ia diciptakan. Tugas manusia adalah ibadat seperti dalam ayat iyya kana’budu (Hanya kepada-Mu yang kami sembah). Sebab segala ibadat diperlukan manusia kerana ia menghidupkan iman, menyihatkan tubuh badan, memperbaiki akhlak dan menyucikan jiwa. Dengan iman yang hidup, tubuh sihat, akhlak baik dan jiwa bersih akan berhasil kebahagiaan manusia.
Share:

Syaiton

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan

1] DU-LI-LAH (bila dibaca tiada sabdu) sebetulnya DU-LIL-LAH
2] HIR-ROB (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya HI-ROB
3] KIY-YAU (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KI-YAU
4] KAN-NAK (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAK
5] KAN-NAS (bila dibaca dengan sabdu) sebetulnya KA-NAS
6] I-YA (disebut tanpa sabdu) sebetulnya IY-YA. Iya bermaksud ‘matahari’
Dalam ayat ke 5, Jika salah bacaannya akan bermaksud “kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan”!!!!
7] SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8] AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA…dua harakat, MIN…. 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

JAWAPAN DARI Dr. Amran Kasimin (Mingguan Malaysia 16 Julai 2006)

Sebutan iblis dalam solat

Menyebut tentang syaitan, perlu rasanya dirujuk tulisan Raji al-Asmar dalam bukunya: Asy-Syayatin: Haqiqatuha, yang menyebut bahawa perkataan “iblis” disebut dalam al-Quran sebanyak 11 kali, manakala kalimah ‘syaitan’ itu disebut sebanyak 88 kali. Dalam buku ini diperturunkan ayat-ayat berkaitan yang menyebut nama-nama tersebut.

Keterangan ini membuktikan, mempercayai tentang kewujudan syaitan juga iblis itu adalah suatu yang termaktub dalam kalamullah. Ia bukan dongeng atau rekaan.
Walaupun demikian terlalu banyak telah direka oleh manusia mengenainya, termasuk namanya seperti toyol, hantu raya, langsuir, bajang dan lain-lain yang melahirkan pelbagai amalan bidaah dan khurafat. Dalam keadaan tertentu nama-nama elok disebut, seperti nama-nama wali, syeikh, embah, nenek, panglima hitam dan sebagainya, padahal apa yang disebut itu lebih merujuk kepada jin-jin.

Di dalam hadis-hadis juga tersebut perkataan “syaitan.” Dalam sebuah hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah dijelaskan tentang syaitan yang mengganggu nabi ketika sedang sembahyang.

Dalam hadis lain dijelaskan tentang syaitan yang menyerupai seorang syeikh dari Najd yang masuk bersama himpunan orang-orang Quraisy yang diadakan di Darunnadwah, iaitu satu mesyuarat untuk membunuh nabi. Syaitan telah memberi nasihat bagaimana hendak membunuh baginda. Peristiwa itu berlaku sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.
Dalam peperangan Badar pun iblis telah datang mengetuai pasukan yang terdiri daripada syaitan, yang ada bersamanya bendera. Iblis menjelma menyerupai seorang lelaki daripada Bani Mudallij, manakala syaitan menyerupai rupa Suraqah bin Malik bin Ja’syam.

Dalam sebuah hadis yang ditakhrij oleh at-Turmizi dan an-Nasaiy daripada Aisyah, beliau berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Sesungguhnya aku melihat syaitan-syaitan daripada golongan jin dan manusia telah lari daripada Omar. Dalam hadis daripada Hamnah Jahsy, beliau berkata, dia mengalami masalah darah haid yang keluar begitu banyak. Beliau memberitahu hal ini kepada Rasulullah. Baginda bersabda: Sesungguhnya ia adalah satu sepakan daripada sepakan syaitan.

Satu hadis daripada Usamah bin Syuraik pula menyatakan bahawa beliau telah mendengar baginda bersabda yang bermaksud: Tangan Allah berserta jemaah. Maka apabila bersendirian seseorang itu daripada jemaah, syaitan-syaitan akan menyambarnya, seumpama serigala menyambar kambing daripada kumpulannya.

Dalam sebuah hadis daripada Ibn Umar, ia berkata bahawa beliau pada satu ketika duduk di sisi nabi. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang paling buruk mukanya, juga pakaiannya, manakala bajunya terlalu busuk. Dia datang melangkahi orang ramai sehingga ia duduk di hadapan Rasulullah. Lelaki itu berkata: Siapa yang menjadikan langit. Baginda menjawab: Allah. Siapa yang menjadi Allah. Tanyanya lagi. Subahanallah jawab nabi. Lelaki tadi memegang dahinya lalu mengangguk-anggukkan kepalanya. Ia berdiri lalu pergi. Baginda mengangkat kepalanya lalu bersabda: Ini adalah iblis, datang kepada kamu untuk menimbulkan syak terhadap agama kamu. Hadis-hadis yang tersebut di atas hanya menyebut kalimah “iblis” ataupun “syaitan” tanpa menyebut siapakah nama syaitan ataupun iblis yang terlibat dengan peristiwa-peristiwa tersebut.

Raji al-Asmar dalam bukunya Al-Jinn ada menyebut nama “Marid,” iaitu syaitan daripada golongan jin. Jin apabila ia kufur, zalim dan melampau dan melakukan kejahatan dinamakan “syaitan”.

Apabila makhluk ini berupaya menggangkat sesuatu yang berat dan mencuri pendengaran dinamakan “Marid”. Andainya makhluk ini mempunyai keupayaan lebih daripada itu dinamakan “Ifrit.”

Dalam buku yang sama muka sura. 51-53, Raji al-Asmar ada menyebut nama Al-Ghaddar, Al-Khabil dan Al-Hajis, iaitu nama-nama jin jahat yang mengganggu manusia. Al-Khabil misalnya dirujuk sebagai jin yang merasuk manusia yang boleh menyebabkan gila, Aal-Hajis ialah jin khas yang boleh menyebabkan manusia berasa waswas, juga yang membisikkan telinga menyebabkan timbul waswas.

Nama jin lain yang disebut ialah At-Tabi’, ataupun Qarin, yang hidup bersama dengan manusia, terdiri daripada lelaki dan perempuan, manakala Al-Hatif ialah jin yang suaranya dapat didengar oleh manusia tetapi tidak dapat dilihat.

Jin yang dinamakan Al-Amir tinggal di tempat tertentu di tempat tinggi seperti di kemuncak gunung, di lembah-lembah, rumah yang ditinggalkan, di kubur atau di bumbung rumah. Nama lain ialah Asy-Syaqq iaitu syaitan yang boleh menjelma separuh bentuk manusia yang kadang-kadang mengganggu manusia ketika musafir keseorangan.

Nama lain yang lebih dikenali ialah al-Wilha, iaitu golongan jin yang mengganggu manusia ketika mengambil air sembahyang, menyebabkan seseorang itu mengambil wuduk berulang kali. Manakala “Khanzab” ialah syaitan yang mengganggu manusia ketika mendirikan sembahyang, menyebabkan seseorang itu berniat berulang kali, memesongkan ingatan manusia kepada peristiwa di luar sembahyang menyebabkan hilang rasa khusyuk.

Abdullah bin Muhammad bin Ubaid meriwayatkan satu hadis, daripada Mujahid, ia berkata: Iblis mempunyai lima anak, masing-masing diberi tugas, iaitu Thabur, A’war, Masuth, Dasim dan Zalambur. Thabur berurusan menggoda orang yang ditimpa musibah agar meratap, mengoyak-ngoyak pakaian dan meratap ratapan jahiliah: A’war ditugaskan menggoda manusia melakukan zina. Masuth ditugaskan menggoda manusia agar mencampuradukkan berita benar dengan palsu serta menimbulkan fitnah. Dasim pula menggoda suami agar marah isteri, manakala Zalambur menipu menyemarakkan manusia agar menipu ketika di pasar.

Nama-nama iblis dan syaitan yang termaktub dalam al-Quran juga daripada hadis-hadis serta fungsi masing-masing telah dijelaskan. Banyak lagi nama iblis dan syaitan yang terdiri daripada golongan jin, namun nama-nama seperti tertera iaitu du li lah, hir rob, kiyyau, kannak dan kannas tidak termasuk dalam nama-nama diperturunkan. Biarpun tidak mustahil andainya nama-nama yang terdapat dalam bacaan al-Fatihah yang cacat bacaan, namun setelah meneliti nama-nama yang dikatakan wujud dalam al-Fatihah yang salah bacaannya dirasakan hanya rekaan belaka, tanpa sumber yang utuh atau boleh dipertanggungjawabkan.

Hanya satu nama iaitu Kannas atau tersebut dalam al-Munjid, yang bermaksud sesuatu yang disapu oleh penyapu. Walaupun demikian kalau ia dieja sebagai “khannas,” ia adalah merujuk kepada nama syaitan yang menahan dan melambat-lambatkan seseorang untuk zikrullah.
Dalam kitab-kitab fikah, yang membicarakan tentang bacaan al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun sembahyang, nama-nama syaitan seperti didakwa langsung tidak disentuh.

Disebut bahawa orang yang bersembahyang mesti memelihara semua huruf al-Fatihah juga segala tasydidnya. Andainya tergugur satu huruf atau satu tasydid atau ditukar satu huruf al-Fatihah dengan huruf lain, ataupun rosak baris yang mengubahkan maknanya, maka tidak sahlah sembahyang yang dilakukan, andainya ia melakukan dengan sengaja dan ia ketahui mengubah maknanya.

Andainya keadaan ini berlaku dengan tidak sengaja, jahil dan tidak mengubah maknanya, maka tidak batallah sembahyang, tetapi hendaklah membacanya semula.
Implikasi daripada kandungan boleh menyebabkan timbulnya kesan buruk. Orang yang tinggi pengaruh gangguan sembahyangnya, yang mengambil wuduk melebihi kebiasaan, berulang kali mengangkat takbir ketika niat, mengulangi huruf-huruf kesamaran ketika membaca al-Fatihah dan sering lupakan rakaat sembahyang akan berasakan sembahyang itu satu penyeksaan.

Lebih teruk ialah orang yang lupakan bacaan sembahyang dan berasa terganggu sebaik masuk waktu sembahyang. Bagi orang seperti ini sembahyang merupakan sesuatu yang meragut kebahagiaan daripada ketenangan hidupnya. Sebaliknya, jika ia tidak sembahyang, keadaan seperti ini tidak timbul. Kerana itu berkemungkinan seseorang itu akan terus meninggalkan sembahyang.

Keadaan akan menjadi lebih parah apabila orang yang terganggu sembahyangnya menyedari adanya sebutan nama-nama iblis atau syaitan dalam bacaan al-Fatihah. Orang yang bermasalah membaca al-Fatihah memang selalu silap ketika membacanya terutama pada huruf kesamaran, pada tasydid dan sebagainya. Kerana itu akal fikirannya akan tertumpu bahawa apa yang disebut dalam al-Fatihah melibatkan sebutan nama-nama iblis dan syaitan. Kerana itu besar kemungkinan bahawa mereka tidak akan sembahyang langsung, kerana ia hanya akan menyebut nama-nama iblis dan syaitan dalam sembahyang yang didirikan.

Nama-nama yang disebutkan di atas tidak ada punca sandarannya. Sebenarnya kalau hendak dikeluarkan nama-nama dalam al-Fatihah, lalu didakwa sebagai nama syaitan, setiap kalimah itu boleh didakwa sebagai nama syaitan, kerana ia tidak ada punca sandarannya.

Persoalan remeh-temeh seperti ini hakikatnya tidak perlu ditonjolkan. Bagi pembaca pula, selain perlu merujuk kepada hukum, akal sendiri boleh memikiri tentang lojiknya. Terlalu banyak masalah di kalangan orang Islam yang masih belum selesai dan perlu diselesaikan. Jangan buang tenaga memikiri sesuatu yang tidak bermanfaat.
Dalam mempelajari ilmu fikah, termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan fardu ain, kita banyak didedahkan dengan tafsiran yang berlainan daripada pendapat ulama yang muktabar, tentang hukum halal dan haram, najis atau suci.

Sayangnya, dalam keadaan tertentu, pembaca seolah-olah ditinggalkan begitu sahaja tanpa dapat memahami pendapat yang mana sewajarnya diikuti.
Dan apabila timbul persoalan-persoalan yang membicarakan sah atau tidaknya sesuatu sembahyang yang dilakukan, termasuklah sebutan nama-nama jin dan syaitan seperti yang kemukakan, kecelaruan akan lebih ketara yang ada kalanya seumpama tidak ada jawapan. Sewajarnya persoalan-persoalan seperti ini bukan menjadi persoalan pokok yang perlu dihuraikan.
Share:

Thursday, November 1, 2012

Fakta Bersalin



1.  Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
Share:

Sunday, October 28, 2012

Jari tasbih zikir

marilah kita sama -sama beramal dengan menyebut nama allah sambil membilang tasbih jari. semoga jari kita bakal mendapat berkat daripada Allah. selamat mencuba
Share:

Thursday, October 25, 2012

keutamaan bulan zulhijjah


Bulan Zulhijjah menghampiri kita. Pada sepuluh hari pertamanya terdapat banyak kemuliaan dan keutamaan. Hari-hari tersebut disediakan oleh Allah sebagai musim ketaatan dan kesempatan beramal soleh. Maka seorang Muslim wajarlah ia memperhatikan hikmah yang terkandung dalam bulan tersebut, memanfaatkan
dengan melaksanakan pelbagai ibadah yang disyariatkan, menjaga perkataan dan amal yang soleh agar hatinya menjadi dekat kepada Allah Taala di mana hal tersebut dapat membantunya dalam menghadapi kehidupan ini dengan jiwa besar dan semangat yang berkobar. 10 hari pertama di bulan Zulhijjah merupakan hari-hari yang sangat mulia dan penuh barakah. Bukti kemuliaan ini, Allah Taala bersumpah dengannya dalam Al Quran Al Karim, "Demi fajar, dan malam yang sepuluh" Al Fajr:1-2
Share:

Monday, October 15, 2012

Kelantan bentang bajet lebihan RM45.8 juta

KOTA BHARU: Kelantan membentang anggaran Bajet 2013 dengan lebihan sebanyak RM45.83 juta ketika Belanjawan 2013 kerajaan pusat defisit 16 tahun berturut-turut.



Sedangkan pada belanjawan 2012 dianggarkan mencatat defisit sebanyak RM83.23 juta. Ini bermakna berlaku kenaikan hasil sebanyak 35.21 peratus.



Buat pertama kali juga pendapatan daripada hasil royalti petroleum sebanyak RM200 juta dimasukkan dalam bajet bertema Bajet Negeri berkebajikan.


Share:

Bajet 2013





Intipati Bajet 2013 tadi. Berikut adalah ulangan Intipati Bajet 2013 secara betulis yang telah disampaikan perdana mentaeri Malaysia di parlimen beberapa jam tadi.

1. Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus. * KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

2. Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

Share:

Wednesday, October 10, 2012

Iklan jawatan kosong di Berunei

sila ke laman web http://www.pelitabrunei.gov.bn/ikerja.htm
Share:

Tuesday, October 2, 2012

Hafaz Juzuk Dimuka Surat Berapa.?


Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar al-quran dan mengajarnya. oleh itu marilah kita jadikan diri kita salah seorang pelajar atau pengajar al-quran
         Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.
Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia).marilah kita khatam al-quran. ikutilah jadual dibawah mana satukah kita mampu mengikut program khatam al-quran
Share:

Friday, September 21, 2012

number arab


Dipastikan Hampir setiap muslim telah hafal huruf-huruf Arab (huruf hijaiyah), tetapi mungkin hanya sedikit orang yang mengetahui urutan abjad yang benar. Kalau selama ini kita mengenal abjad Arab dari alif sampai ya’. Urutan huruf tersebut adalah abjad Arab yang disusun dan dikelompokkan menurut kemiripan bentuknya. Sedangkan urutan abjad Arab yang sebenarnya adalah dari alif sampai ghain.
numerik al-quran
Adapun urutan huruf Arab sekaligus nilai numeriknya adalah sebagai berikut:
1. ALIF = 1
2. BA = 2
3. JIM = 3
4. DAL = 4
5. HA = 5 (untuk kata Arab Huwa)
6. WAU = 6
7. ZA = 7
8. HA = 8 (untuk kata Arab Hayyun)
9. THA = 9
10. YA’ = 10
11. KAF = 20
12. LAM = 30
13. MIM = 40
14. NUN = 50
15. SIN = 60
16. ‘AIN = 70
17. FA’ = 80
18. SHAD = 90
19. QAF = 100
20. RA’ = 200
21. SYIN = 300
22. TA’ = 400
23. TSA’ = 500 (untuk kata Arab Tsa-laa-stah)
24. KHA’ = 600
25. DZAL = 700
26. DHAD = 800
27. DHLA = 900 (untuk kata Arab Dhluhur)
28. GHAIN = 1.000
Share:

Tuesday, September 11, 2012

40 tahun bercakap guna ayat al-quran


Masjid Taman Sukma 11 September 2012– Tafsir ibu khathir. Ustaz Hassan Basri menyampaikan kuliah maghrib  di Masjid Taman Sukma,tafsir surah annisa ayat  114 . Allah menyebut dengan kalimah “la khaira” yang bermaksud tiada ada kebaikan. Tidak ada kebaikan dalam perbicaraan mereka. Kalimah najwa iaitu berbisik.Perbicaraan di antara manusia seharian tidak dikira oleh allah kebajikan pada kalimah percakapan,berapa banyak luwahan kata atau percakapan dengan  seseorang kecuali seseorang itu harus memiliki sifat sebagai seorang (da’ie)pendakwah. Sifat ini mesti dimiliki oleh kita selaku orang islam. Bagaimana sifat pendakwah? Bila mana  seseorang itu mula membuka bicara, pertengahan kata dan diakhir pertemuan haruslah ada dalam perbicaraan itu unsur menyuruh,berpesan supaya melakukan sadekah,melakukan kebaikan atau mendamaikan persengketaan diantara manusia. Barang siapa menyelikkan beberapa unsur sedemikian semata-mata kerana Allah bukan kerana yang lain. Maka Allah akan (kalimah saufa yang menunjukkan perkara yang jauh) membalasnya di akhirat kelak.
Share:

Wednesday, August 22, 2012

BAGAIMANA PERIBADI KITA?


Para sahabat yg dikasihi keranaNya,Cuba lihat hakikat ini,jika Ada sebarang penambahan utk pembaikan ; menaiktarafkan sila publishkan cadangan tersebut, buat sahabat terhormat, Terimalah diri ini sebagai manusia biasa yang belajar tentang Nabi ; dia cuba mencontohinya,dia mengkaji tentang Umar,tapi tidak dapat ilham nubuwwah sepertinya,dia membaca tentang saudagar Islam seperti Ab Rahman,tapi dia belum mampu membina kenyakinan tinggi sepertinya,dia mendalami hidup Muhd al fatih yang mmbuka Constantipole tapi dia belum memiliki tentera sehebatnya,dia mengkagumi Salahuddin al ayyubi tapi dia belum mempunyai tekad sehebatnya, dia memahami ilmu al Ghazali tapi dia belum memiliki tawakkal setingginya ,dia mencintai al Bukhari tapi dia belum mampu wara' sepertinya...Dia sekadar seorang manusia daif yang sedang mengenali diri  kelemahannya lalu berusaha mempraktikkan sikap lelaki-lelaki ahli syurga itu dalam hidupnya..

Share:

Sunday, July 22, 2012

PILIHAN TEPAT PADA GADAIAN ANDA

Ketika dulu, Adakah  tempat ini menjadi tumpuan anda ketika terdesak untuk mendapatkan wang? waktu itu belum ada sistem pajak gadai islam.  semestinya jawapan ye, kerana waktu dulu mana ar-rahnu dan tampat gadai islam. sistem pajak gadai hanya wujud dikedai-kedai emas sahaja. kebanyakkan tuan punya kedai emas adalah bukan dikalangan mereka yang islam. Orang islam pada ketika itu sudah mengetahui bahawa ada dalam Islam  hukum gadaian, namun hanya sekadar tahu sahaja. Orang Islam sekiranya terdesak dengan masalah kewangan mereka terpaksa pergi juga ke kedai cina untuk membuat gadaian. Di kedai cina adakah orang cina menggunakan sistem cara islam? sudah tentulah tidak . Namun mengapakah masih ramai dikalangan umat Islam memilih kedai cina sebagai tempat pajak gadai? tahukah anda bahawa sekarang sudah ada ar-rahnu? bila mana perkembangan teknologi dan kesedaran dikalangan orang Islam maka wujudlah sistem pajak gadai islam, yang mana semakin berkembang jauh. dalam hal ini sekarang mengapakah ada dikalangan umat islam masih lagi beratur dikedai cina untuk melakukan gadaian? semestinyalah kita umat islam patut meninggalkan sistem gadaian konvensional. yelah...cina apa tahu, yang dia tahu nak untung je. kadang kala terkeluar juga dimulut orang Islam cekik darah,mengikis emas dan bermacam-macam tipu daya sering berlaku bilamana kita bermuamalat dengan sistem konvensional. Kini umat Islam tidak boleh berhelah lagi untuk pergi ke kedai cina . yelah, kerana sekarang kemana sahaja kita pergi di malaysia ini, akan kita berjumpa tempat  pajak gadai islam seperti kedai pajak gadai ar-rahnu bank rakyat atau koperasi.  Sejak tahun 1993 lagi ianya beroperasi mengembangkan sistem pajak gadai islam melakui konsep frachais. eq ar-rahnu exchange.

Share:

Tuesday, June 5, 2012

BANK IN PEMBAYARAN PASTI WANG TIDAK DIKEMBALIKAN



Syarikat Penerbangan Airasia adalah sebuah syarikat penerbangan yang masyhul di rantau Asia. Ianya sedang beroperasi keseluruh Dunia. Syarikat  menjanjikan kadar tiket yang murah. Sistem tempahan tiket amat mudah dan senang, boleh memesan tiket dengan cara online.Tambang ekonomi yang mampu dibayar oleh semua lapisan masyarakat.Tahu tak kita?atau sedar tak? sebenarnya  syarikat memudahkan para pelanggannya membeli tiket dengan cara sistem mudah namun apabila  tiket telah ditempah  dan pembayaran telah dibuat, maka saat itulah para pelanggan terjerat dan tersempit untuk mendapat kembali wang tersebut sekiranya tempahan tersebut dibatalkan atau tidak mendapat perkhidmatan.
Share:

SISTEM KOMPUTER MENGUNTUNGKAN SYARIKAT

Mesin pembayaran tiket kebiasaannya disediakan oleh syarikat perkhidmatan parking di tempat awam. Kos penyelengaraan itu ditanggung sepenuhnya oleh syarikat. Penggunaan mesin sebagai menganti kos pembayaran gaji manusia setiap bulan, tambahan pula Mesin dapat berfungsi sepenuh masa. Operasinya berdasarkan sistem angka dan masa, tanpa mengira jadual,aktiviti dan kepentingan manusia. Mesin tidak kenal siapa, apa yang diprogramkan cara itulah ianya beroperasi.  Dalam sistem ianya tidak dapat mengesan autoriti seseorang manusia. Sifat kemanusiaan tiada dalam mesin, bilamana berhadapan dengan manusia, ianya berkuasa keatas  manusia, tanpa mengira apa masalah yang berlaku. Kuasanya satu persatu mesti diturutinya tanpa ada tolak ansur terhadap manusia. Hal ini menjadi satu isu yang perlu ditangani atau perlu dititik beratkan perinsip tolak ansur  di antara pelanggan dengan syarikat. Keadaan ini lebih membimbangkan jika syarikat menjadikan mesin komputer tersebut sebagai penyelesai masalah, syarikat perlu ada pegawai atau kakitangan bertugas bagi menyelesaikan masalah yang berlaku. Pegawai ada dilantik tapi bukan untuk tujuan tersebut. Isu ini bukan saja terkena pada seorang malah ribuan manusia mungkin berlaku. Ramai yang terkena atau  sedar bahawa alat mesin adalah satu alat yang tanpa hati perut berkomunikasi dengan pelanggan dengan mudah mengaut keuntungan besar bagi syarikat. kenapakah alat tersebut tidak menyenangkan sesetengah pengguna?
Share:

Tuesday, May 15, 2012

KENAPA KEMPEN TAK NAK ROKOK BELUM BERKESAN?

Adakah anda terkesan dengan iklan ini?

kerajaan pelbagai cara dan usaha dilakukan memberi kempen dan kesedaran malah fatwa memutuskan bahawa rokok itu  adalah haram.namun realitinya masih berlambak dan ramai dikalangan manusia masih tidak endah dan mempedulikan iklan tersebut. apa puncanya.?malah pelbagai jenama dan keluaran rokok yang dijual dipasaran. untuk melihat lebih dekat tentang perpandingan pengaruh 'tahu ','mahu' dan 'mampu' ini,lihat pada perokok. siapa ang tidak tahu merokok itu memudaratkan kesihatan? Di kotak rokok telah tertera peringatan tentang bahaya merokok. Ironinya, masih ramai yang merokok sedangkan mereka tahu akan bahayanya termasuk para doktor sendiri!
Share:

Friday, May 4, 2012

METRO MELEMAHKAN SEMANGAT PEMBACA

           Harian Metro,keluarannya dianggarkan mendapat jumlah besar  pencetakan surat khabar setiap hari. Pasarannya yang meluas ke seluruh malaysia,nisbah harga runcit senaskah hanyalah Rm1.50. Ianya murah jika dibandingkan dengan Berita Harian dan yang lain, hampir 4 juta pembaca   pada setiap hari. Paparan siaran muka depan dengan berita sensari dan nahas kemalangan durjana menimpa mangsa. sebenarnya berita sedemikan mengambarkan keadaan di mana situasi setempat dan negara kita begitu banyak berita yang menakutkan, menyebabkan rakyat kita sering dimuatkan berita-berita yang buruk.kita lihat ramai dikalangan para ibu bapa dan pihak indivitu dihantui ketakutan dengan perkara -perkara yang buruk sedangkan


Share:

Thursday, May 3, 2012

Facebook era memfitnah di hujung jari

Facebook generasi baru mencuit pengumpat Kalau dah jenis mulut murai, tak dapat membebel depan orang, membebel di laman social seperti facebook atau twitter pun jadi. Kawe telitilah, dah jadi trend kebanyakan perempuan mulut murai atau lebih dikenali mulut tempayan, meluahkan perasaan mereka di laman social, bukan membebel saja, malah siap dengan fitnah serta kata-kata mengeji dan makian.
Share:

Blog Archive

Definition List

get this widget here

Unordered List

Sembang