Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu. Mati ilmu kerana tiada amal, mati amal kerana tiada istiqomah. Menuntut ilmu adalah taqwa... menyampaikan ilmu adalah ibadah... mengulang ilmu adalah zikir... mencari ilmu adalah jihad... ........ ~al-qhazali~

Tuesday, May 15, 2012

KENAPA KEMPEN TAK NAK ROKOK BELUM BERKESAN?

Adakah anda terkesan dengan iklan ini?

kerajaan pelbagai cara dan usaha dilakukan memberi kempen dan kesedaran malah fatwa memutuskan bahawa rokok itu  adalah haram.namun realitinya masih berlambak dan ramai dikalangan manusia masih tidak endah dan mempedulikan iklan tersebut. apa puncanya.?malah pelbagai jenama dan keluaran rokok yang dijual dipasaran. untuk melihat lebih dekat tentang perpandingan pengaruh 'tahu ','mahu' dan 'mampu' ini,lihat pada perokok. siapa ang tidak tahu merokok itu memudaratkan kesihatan? Di kotak rokok telah tertera peringatan tentang bahaya merokok. Ironinya, masih ramai yang merokok sedangkan mereka tahu akan bahayanya termasuk para doktor sendiri!
"jadi, tahu sahaja akan babayanya rokok tidak memadai , mesti ada mahu dan mampu untuk meninggalkannya" 


Bagi yang mahu meninggalkannya pula pasti berdepan dengan Ujian getir. Misalnya ,ada yang meninggalkan tabiat merokok sepanjang siang bulan puasa tetapi sebaik sahaja berbuka.... mereka kembali merokok. Ada juga yang meninggalkan tabiat merokok sepenuhnya sebulan puasa, tetapi merokok semula apabia tamat bulan Ramadhan. kenapa?


Mereka hanya "tahu " dan "mahu" tetapi tidak "mampu" meninggalkannya. jadi jelas sekarang, untuk berjaya  dalam kempen merokok, masyarakat tidak cukup sekadar dibekalkan maklumat tentang bahaya rokok, tetap mesti dididik dan dilatih agar mahu dan mampu meninggalkannya.
Share:

Definition List

get this widget here

Unordered List

Sembang